Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Thursday, April 28, 2011

Harapanku..

Alhamdulillah....akhirnya berjaya juga aku siapkan borang GC dengan segala esei2 dan kertas kerja yg dikehendaki. Harap2 permohonanku ini akan membuahkan hasil. Kena la tunggu pulak dalam masa 9 bulan ni (mcm pregnant lak) keputusannya.

Kalau nk kata kejar gelaran (Guru Cemerlang Matematik) tidak juga. Nak kata kejar gaji, mungkin kot..hehehe. Apa2 pun, ini adalah peluang aku untuk meningkatkan prestasi pencapaianku dalam kerjaya. Takkan nak duduk di takuk lama je kan. Lagipun, blum lagi memegang gelaran GC, aku rasa dh diiktiraf bila Ketua Jabatan melantik aku sebagai Guru Mentor kepada guru baru di sini. Walaupun kerja tanpa elaun apa2, tp mungkin sebagai satu penghormatan. Memang lah menambah beban kerja sebab terpaksa memantau, menyelia, membimbing dan membuat laporan tentang pengurusan guru baru tersebut. Tapi kalau 'work smart' benda2 kecil mcm tu tak jadi masalah sebenarnya. Cikgu baru tu pun ok nampaknya.

Namun, apa yang menjadi harapan aku, jawatan GC akan dapat menjadi pemangkin untuk aku terus menabur bakti di dalam bidang pendidikan khususnya Matematik.

Sambil2 tu aku tetap setia menanti surat tawaran melanjutkan pelajaran di IPG (mana pun x tau). Yang pastinya, kuliah akan bermula pada bulan Jun nanti.

Dalam masa yang sama, Jana Minda akan terus ku pertahankan. Besok tambah lagi satu kelas. Jumlahnya ada 4 buah kelas dan 1 ofis. Semoga segala yg dirancang dan diusahakan mendapat keberkatan. Aminn...

Friday, April 22, 2011

Datuk ku Amitabh Bachan...

Penat mengajar PJ kelas tahun 3 yg rata2 pelajarnya ber IQ lemah..payah nk dengar kata..3S (Suka Syok Sendiri). Suruh buat aktiviti merangkak macam harimau..mcm2 harimau yg keluar..Merangkak melalui skitel, dengan skitel2 terbalik..ganas tul harimau2 ni. hehehe..tp seronok. Berpeluh sakan hari ni.

Habis aktiviti di padang, beralih ke kelas. Tinggal lagi 10 minit tamat kelas. Pe lagi..masa untuk semak latihan dalam buku la.

Tajuk latihan yg diberi..Sayangi Keluarga. Pelajar diminta menampal gambar2 ahli keluarga di dalam buku latihan di ruangan yg disediakan. Seorang demi seorang menghantar buku latihan yg telah siap untuk disemak. Aku pun menyemak dulu latihan mereka sebelum mengumpulkan buku2 tersebut.

Datang seorang pelajar bernama Baher (ala2 Pakistan sikit). Gambar di ruangan 'Datuk' di tampalnya gambar Amitabh Bachan. Aku pun tanya, 'ni sape datuk awak ni?' Lantas Baher menjawab, 'Ni datuk saya yang dah tinggalkan kami (dgn muka yg serius)'. Aku tanya lagi, 'Datuk awak ni lari ke hindustan ke?'Sambil menganggukkan kepala Baher menjawab,'A'ah, tak tau dia pegi mana, saya tak ingat.' Aku usik dia lagi, ' Dia pergi hindustan tinggalkan awak kat Malaysia la ye..' Dengan penuh konfiden Baher mengangguk.

Habis satu kelas gamat dengan gelak tawa pelajar2 lain. Aku? Rasa nk pecah perut menahan gelak. Baher? Terpinga2 dengan reaksi yg berlaku.Hahaha.

Thursday, April 21, 2011

Cikgu..selamilah hatiku..

Selesai kelas tuisyen sebentar tadi, aku dan rakan (Kak A) bergegas turun untuk pulang ke rumah masing2. Sementara menemani beberapa org pelajar yg menunggu diambil oleh ibu bapa mereka, aku berborak dgn Kak A. (Rakan seorang lg telah pulang awal..dating katanya). Tiba2 kelihatan seorang pelajar sekolahku melepasi kami dengan mengayuh basikal . Kami berdua berteka-teki, mengapa sudah malam2 begini masih merayau bersendirian. Dari jauh Kak A melaung ke arah pelajar tersebut menanyakan apa yg dibuatnya merayau malam2 begini.

Dari jauh juga pelajar itu menjawab, 'Meniaga!'. Selepas itu kelibatnya semakin hilang dr pandangan. Kami terus berteka-teki, 'Mengapa malam2 masih tolong mak ayah berniaga?'..'Besok kan sekolah?'...'Bahaya la sorang2 merayau malam2 ni'

Akhirnya topik perbualan kami berlarutan tentang masalah pelajar2 sebegini. Patut lah bila di sekolah, pelajar seperti ini kelihatan letih, tak bermaya, mengantuk dan tiada semangat untuk belajar. Lebih malang lagi, ada yang langsung tak hadir ke sekolah.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, sambil memandu, fikiranku melayang tentang beberapa pelajar kelasku yg bermasalah.

Pelajar 1
Sambil menghantar buku latihan ke mejaku untuk disemak, "Cikgu, semalam saya kena cubit dengan opah". Aku bertanya kembali, "Kenapa kena cubit? Awak buat salah ye.." "Opah suruh siapkan latihan ni la", jawabnya.
"Elok la mcm tu, opah sayang kat awak la tu, tgk ni, kan dah boleh hantar kerja sekolah sebab dah siap", aku melayan kerenahnya. "Tapi tak sakit pun", jawabnya sambil berlalu ke tempat duduknya.


Ini adalah salah seorang pelajarku yang dipinggirkan oleh ibu sendiri. Menurut kisahnya, bapanya telah meninggal dunia. Hasrat si ibu untuk berkahwin lain telah ditentang oleh opahnya. Maka si anak ditinggalkan bersama opahnya manakala si ibu mengikut suami barunya. Tinggallah dua beradik ini bersama-sama opah mereka. Pada awalnya, pelajar ini sentiasa menimbulkan masalah di dalam kelas. Kali pertama aku melihat dia, renungan matanya seolah2 ada perasaan benci di dalam dirinya. Namun, sikapnya yang sentiasa cuba mendekati guru dan mulutnya yang agak terlebih ramah walaupun semasa guru mengajar, seolah2 inginkan perhatian. Usaha aku untuk 'tackle' pelajar ini agar memberi tumpuan ketika belajar, membuahkan hasil. Sekarang, dia lah pelajar yang terawal menyiapkan latihan, pandai bergurau dan agak sensitif jika aku meninggikan suara di dalam kelas. Tapi, mampukah sifat baik ini berterusan di dalam dirinya.

Monday, April 18, 2011

Bukan Jamil Madu 3..

Bila sebut nama Jamil, bagi aku ianya suatu yg klasik. Mana tidaknya..ingat Jamil, mesti ingat 'butang baju abang mana Pah?'
Kebetulan dalam kelas tuisyen aku ada seorang pelajar tahun 4 bernama Jamil. Orangnye agak montel,berkulit sedikit gelap dan rambut kerinting.
Gayanya yg agak kemalas-malasan menyebabkan aku sering menyergahnya di dalam kelas. Sekejap2 Jamil..sekejap2 Jamil. Bukan apa.. aku x nk dia ketinggalan daripada pelajar2 lain.

Kadang2 aku usik dia dgn ayat dlm filem Madu 3 td. Tapi ye lah..budak2 sekarang, mana nk tau cerita P.Ramlee sgt. Kot ada pun, cerita Bujang Lapok, Labu Labi atau Do Re Mi je yg jadi sebutan. Sbb tu si Jamil ni x faham bila aku usik dia Jamil Madu 3 sbb dia bkn Jamil Madu 3 tu..hehehe..

Semalam yang indah...

Dlm kekalutan menyelesaikan rutin hidup yg semakin padat...aku akhirnya berjaya mencuri masa utk bertemu sahabat lama yg dirindui..(hehehe..feeling le plak).Tepat jam 7.18 p.m.(16 April 2011)...tiba di tempat yg dijanjikan.
Sebenarnya..sebaik melangkah masuk kereta memulakan perjalanan selama 45 minit..hati aku dh terasa debarannya. Mujurlah hubby faham.
21 tahun..tempoh yg bkn singkat.

"Boleh x u singgah mana2

sekejap..i nak beli something for her". Hubby yg memahami, terus memberhentikan kereta di sebuah kedai. Setelah puas membelek, akhirnya dapat lah sesuatu yg x seberapa nilainya.
"Bukan nilai barang tu yg jadi ukuran, tapi nilai persahabatan between u n her", itulah kata2 dr hubby tika kami hampir smpai ke destinasi.

Sebaik melangkah turun dr kereta, debaran semakin kuat ku rasakan. Kaki ku melangkah anak tangga sambil mata mencari2 di manakah dia. Sejurus mata ku menangkap susuk tubuh yg duduk di sebuah meja ditemani dua orang rakan lama. Apa lagi..tak dapat kubayangkan perasaan tika itu..saat kami berpelukan..air mata ku hampir menitis kegembiraan..Lama kami berpelukan, melepaskan kerinduan.

Kami berborak sambil sesekali 'snap' beberapa keping gambar. Perbualan disulami tawa riang di antara kami (Azwati dan Asni..thanx to both of u too). Kurasakan masa terlalu pantas apabila seorang demi seorang rakan minta diri utk pulang.

Namun..seperti memahami hati masing2..perbualan antara kami berdua bersambung lagi di bilik hotel tempat mereka sekeluarga menginap

. Bermacam2 perkara yg dibualkan. Mujurlah hubby masing2 memahami. Lewat jam 9.30 malam..aku minta diri utk pulang, wpun rasa ingin bersamanya sehingga ke pagi.

Setelah bergambar dan bertukar2 cenderahati, akhirnya kami berpelukan lagi dan berjanji akan bertemu lagi andai diizinkan Tuhan. Moga persahabatan kita akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Buat teman teristimewaku..Asmarbaya Ahmad Shahrunizar dan suami Helmy Rusly
Walaupun jauh di mata..kalian tetap kuingati..dulu dan kini.

Friday, April 15, 2011

Printer..oh.. printer

Usai kelas, aku bergegas ke lab sbb nk print jadual teknik menjawab soalan lagi 2 minggu ni. Aisey..ada plak kakak sorang ni tgh guna printer nan satu ni plak. So, aku pun terus la meng'edit' apa yg patut sementara tunggu kakak tu siap print. Tiba2 aku dgr kakak tu kata dia nk 'ter..' (buang air kecil).
Pe lagi aku pun terus ckp dlm nada gurau.."Kalau Kak N bangun je dari situ, saya akan take over tpt tu utk selama2nya"...terus kakak tu jwb ...'hahaha..x jadi la aku ken..'
Juruteknik yg ada kt situ punya la gelak besar, sebab dia kata nada aku cm ugut je..tp kelakar.

Aku sendiri pun tergelak, kerana rebutkan printer..ada kawan smpai postpone buang air..hehehe (jgn smpai batu karang udah)

Suka bersulam luka...

Nak kata aku ni jenis sensitif sangat, rasanya tidak. Aku ni suka happy2. Tapi bila terluka, aku ckup terasa.
Pagi ni, aku berurusan dgn Ketua Jabatan (KJ)atas dasar tugas yang memerlukan kos. Projek harus diteruskan. Tapi aku tgk KJ mcm hangin je bila aku tanya pasal kos. Bkn aku minta duit dia pun. Tapi bila KJ dah bla..bla..bla.. x tentu pasal, aku pun nk naik hangin le gak.
So, aku pun ckp pada KJ, "saya cuma tanya duit dh ada ke, kalo dh ada, nanti beri pada Bendahari, sbb selama ni sy yg buat keja bendahari tu, so, lepas ni bendahari sila lah buat keja sendiri" Lepas tu aku pun blah dari situ dgn muka yg tersangat kelat. Bila seorang rakan dtg menghampiri aku, x semena2 aku rasa nk 'hujan'. Tapi aku tahan je...kaver line la..sedih plak rasanya, sebab selalu kita ni lah yg disuruh itu ini. Tapi bila tiba time KJ hangin, aku (hamba yg x bersalah) ni plak tempat dia lepaskan hangin.

Tak lama lepas tu, waktu aku lalu depan KJ (bkn aku sengaja pun)..KJ panggil aku. Masa tu rasa nk buat2 x dengar je. Tapi, aku toleh gak. KJ panggil lagi , so aku pun pergi lah. KJ hulurkan sekeping note 100. aku tanya, duit sape, KJ kata duit dia sendiri. Aku bkn nk duit dia tu, aku nk dia ambil tindakan sepatutnya utk keluarkan kos perbelanjaan dari akaun yg sepatutnya. Tapi biasa la ...bla..bla..bla....aku pun mula nk keras skit suara. Last2 KJ kata..saya pening dgn sume ni (sambil tgn dia mengusap bahu aku) tanda sory la kot. Aku pun jwb, 'saya pun pening gak'.

Then aku pun blah dari situ dgn membawa note 100 tu utk diserah kepada Bendahari. Aku ckp pd B/hari..lepas ni ko urus la bahagian ko, aku dh wat keja ko sebelum ni..so now, aku dh maleh nk tlg wat keja org..(lain la kalo dihargai). Keja aku pun melambak lagi ni.

Tapi betul la..dalam keras2 aku ni...rasa sedih tu tetap ada. sebab aku ni jenis x kisah nk tolong org. Tapi bila aku jadi sebaliknya, aku yg sedih. Bila aku cite pada teamwork aku, depa suruh aku bersabar je.

Haruskah aku bersabar lagi...

Thursday, April 14, 2011

Yukk..tak sabar dah ni..

Semalam..borak dgn seorang rakan lama (di laman sosial)...katanya nk turun ke Teluk Intan dlm waktu terdekat ni..
Aduuu...setelah 20 thn..baru dpt bertemu semula..rasa terrrsangat la excitednye...
Cmna la rupanya kwn yg dulu zaman sekolah compare dgn dh beranak pinak skg ni..hehehe...
Tapi..mmg rs seronok sgt..neves pun ada..(pe la aku ni)...msg2 akan bawa family..x leh nk imagine kegembiraan yg bakal dirasai...

Harap2 dipermudahkan urusan pertemuan semula ini..amiin..

Sms je...

Terima kasih kpd seorang rakan...(aku pun x tau yg mana) yg telah hantar sms kt aku ptg td..katanya sakit mata tgk kaler blog aku..

Aku pun buka la blog yg dh lama aku x layan ni..betul la..aku pun sakit mata dgn ke'pink' nan kalernye...aku pun tukar le background kaler nye..so..harap2 x de la yg sakit mata lepas ni...thanx kt kawan aku ni..

So, lepas ni kalo de sape2 yg nk beri pendapat..or komen..SMS Je...(kalo tau no la..) x pun komen je kt sini...orait!

Selamat datang wahai Nazir...

Hari ni satu kelegaan bagi sume org...mana tak nya..3 hari (12/4-14/4) kumpulan Nazir dari Putrajaya seramai 5 org berkampung di sekolah.
Bukan takut..tp ye lah..bila ada org nk pantau segala2nya..kerisauan tu mesti ada..sbg insan yg serba kekurangan (cewah..) tak mo lah ada mana2 kerja kita yg nmnpk kekurangan.
Dr sudut yg positif, mmg bagus sbb akan ada penambahbaikan utk diri, tugas dan klien (yakni murid).

Yang paling best bg aku lak...semalam aku siap duduk berborak lg dgn seorang nazir bernama En Nadimin (nana tanjung ni). Lama gak berborak secara x formal. Pastu pe lg..En N ni siap suruh aku isi borang guru cemerlang. Peluang cerah katanya. Rasa cm bkn berborak dgn nazir je. Boleh gurau2 lg. Member yg lalu lalang siap jeling lg...agaknya dlm hati deme..(pe la minah sorang ni dok borak dgn nazir lak)...hehehe..

Hari ni...aku dapat namecard En. N...janji dgn En N...aku isi borang GC then post 1 salinan kt dia...hehehe..pastu...(siap la aku kena observe dgn nazir lg nanti)...kalo berjaya la..harap2 dapat la naik ke dg34..amiin...