Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Tuesday, August 31, 2010

SALAM MERDEKA..

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-53 buat semua...
Semoga kita sama-sama dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya meskipun tiada lagi belenggu penjajah di mata...

Saturday, August 28, 2010

Kemelut Di Muara Kasih

Salam...

Selepas mendengar cerita daripada seorang kawan...rasa terpanggil untuk mencatat sesuatu di sini...untuk dikongsi dan dijadikan pengajaran...

Nilai persahabatan yang disalahertikan boleh mengundang berbagai konflik. Biarlah saya namakan rakan saya ini sebagai A (lelaki) dan rakan baiknya sebagai B (perempuan). Hubungan mereka terjalin sebagai kawan baik sejak sekian lama sehinggakan keluarga kedua belah pihak sudah seperti sebuah keluarga.

Keakraban mereka bukan setakat di luar, malah sehingga di rumah. Si A boleh ke rumah si B walaupun tanpa pasangan masing2. Si B boleh menemankan si A untuk pergi ke mana2 dengan pengetahuan pasangan masing2. Walaupun isteri si A pernah menyuarakan rasa aneh dgn hubungan seperti ini, namun persoalannya tiada jawapan yg bernoktah.

Kemesraan yang pada awalnya bermula dgn kakak angkat dan adik angkat, kini telah mula menunjukkan tanda2 ke arah hubungan intim. Si B pernah menceritakan masalah hubungan seksual dgn suaminya kepada si A dan begitulah sebaliknya.

Kini...si B telah mula menunjukkan tanda2 yg mencurigakan seolah2 mengharapkan suatu hubungan yang lain dari si A.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

Tuesday, August 24, 2010

3K

Salam...
Keyakinan...kesabaran...kepercayaan...(3K)
ada dalam diri tiap seorang daripada kita. Bezanya cuma..cara kita meletakkan ia di tempat dan situasi yang betul serta kena pada tempatnya.

Dalam soal melaksanakan tugas dan tanggungjawab, kita ada keyakinan bahawa apa yang kita usahakan dengan ikhlas pasti akan mendapat pulangan yang sewajarnya.Persoalannya sekarang ialah, adakah benar kita telah meletakkan keyakinan kita di tempat yang sepatutnya? Kita sering merasakan diri kita seorang yang berkeyakinan tinggi bila kita dapat bersuara dengan lantang di dalam sesuatu majlis...namun adakah kita sedar bahawa kelantangan kita yang tidak disusuli dengan kematangan cara berfikir, boleh menyebabkan kita akan malu sendiri akibat tindakan bodoh itu. Kesudahannya, keyakinan yang kita rasakan begitu tinggi itu tadi sebenarnya lahir dari kurangnya rasa tanggunjwab yang sebenar. Sebab itu mudah bagi kita mengeluarkan kata2 dengan lantang tetapi sukar untuk menarik balik kata2 itu walaupun kita sedar kita tidak sepatutnya berbuat begitu.

Akibat tindakan bodoh itu tadi, tanpa disedari, kita telah melucutkan sifat kesabaran dalam diri kita yang mana ianya merupakan sebahagian daripada iman. Masyarakat sekeliling dapat menilai kelemahan berfikiran yang ada dalam diri kita. Masakan tidak...menyuarakan rasa ketidakpuasanhati dengan cara yang sepatutnya boleh dibawa berbincang dengan lebih baik. Inilah sikap manusia yang merasakan dirinya terlalu hebat tanpa memikirkan ada lagi yang lebih hebat dari anda sebenarnya.

Dengan menonjolkan sikap sebegitu, anda sebenarnya telah membuktikan bahawa anda sebenarnya tidak boleh berfikir secara rasional, sukar untuk bekerjasama dan tidaklah sebijak atau sehebat manapun. Jangan dek kerana skeping kertas yang tertulis ijazah atau master, anda sudah merasakan diri anda itu tinggi dengan segala ilmu. Ingatlah bahawa ilmu Allah itu luas. Bukan setakat sekeping kertas tetapi penuh dengan nilai2 kemanusiaan. Belajarlah untuk menghormati orang dan yang lebih tepat menghormati diri sendiri supaya tidak hilang kepercayaan orang terhadap kita. Bukan untuk hari ini..tetapi untuk esok dan seterusnya.

Letaklah sedikit kepercayaan terhadap kesabaran agar anda dapat membina keyakinan yang lebih positif...Bersuara lah melalui akal yang bijak..bukan mulut yang lantang kerana dikhuatiri kelantangan anda sebenarnya adalah kebiadapan anda.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan * merdeka * upsr

Salam Ramadhan buat semua pembaca...

Ketika ini semua umat Islam telah pun masuk hari keenam menjalani ibadah puasa di siang hari, berterawih dan bertadarus di malam hari..semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Seringkali kita dengar, bila tiba sahaja Ramadhan...ada aktiviti2 harian yang tidak dapat dijalankan seperti biasa...contohnya aktiviti ko-kurikulum...bersukan...dan sebagainya...

Pernah suatu ketika seorang rakan merungut bila terpaksa menghadiri mesyuarat pada hari pertama puasa. Persoalannya ialah..adakah putaran roda akan terhenti bila tibanya puasa? Memang betul, bulan puasa adalah bulan untuk memperbanyakkan amalan. Tetapi...adakah rutin harian yang merupakan periuk nasi kita juga perlu dihentikan? Pelik juga bila ada segelintir orang yang menganggap bulan puasa adalah bulan di mana semua kerja tidak berupaya dilakukan. Keletihan berpuasa memang tidak dinafikan. Itukan semua dugaan?

Mungkin betul aktiviti sebelah siang patut dikurangkan memandangkan amalan sebelah malam akan diperbanyakkan. Tetapi..adakah benar kita mengurangkan aktiviti siang semata-mata untuk memberi tenaga bagi amalan sebelah malam? Jika benar..alangkah mulianya.

Tetapi...ada juga yang setelah kekenyangan berbuka puasa...dan keletihan berpuasa di siang hari dijadikan halangan untuk melakukan amalan di malam hari..akhirnya...bulan puasa hanya menjadi bulan banyak berehat, banyak tidur dan banyak relax...sebab siang dan malam...keletihan dan kekenyangan.

Salam merdeka....
Bulan kemerdekaan dirai lagi...sebagai rakyat Malaysia yang bersyukur di atas kemakmuran yang dikecapi, memang patut kita menyambut bulan merdeka ini dengan rasa kesyukuran. Pinggirkan seketika siapapun jua pemimpin sama ada suka atau tidak suka...sebaliknya hargailah susah payah pemimpin terdahulu memerdekakan negara Malaysia ini. Hayatilah erti kemerdekaan yang sebenarnya. Meskipun negara kita telah bebas dari penjajah...banyak lagi perkara yang perlu kita perjuangkan, baik dalam diri kita sendiri mahupun masyarakat sekeliling kita. Yang paling utama, sudah merdekakah minda kita?

Kita bijak melahirkan kata-kata...tapi kadangkala kita tidak sedar, kata-kata yang dilahirkan bertitiktolak dari cara minda kita berfikir. Oleh itu, berhati-hatilah bermain dengan kata-kata. Kerana, orang yang sentiasa berfikir dapat membaca apa yang kita fikirkan melalui kata-kata yang kita ucapkan. (ingatan untuk kita bersama)
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI...


Salam di ambang UPSR...
Kerisauan berganda semakin hampirnya UPSR...
Masakan tidak, pertembungan masa di antara periksa dan hari raya. Periksa selepas bercuti raya. Wow! Nak raya sakan pun belum tentu lagi ni. Strategi dah diatur oleh pihak pentadbir untuk mengadakan kelas extra sebelum dan selepas hari raya. Ada ke yang sanggup berkorban?? Demi anak didik, sesiapa pun boleh menyatakan kesanggupan. Tetapi..ikhlas ke??

Bukan mudah untuk mengikhlaskan hati apabila terpaksa membuat pilihan antara keluarga atau masa depan anak didik? Tapi...bila direnungkan sejenak...mahukah hasil usaha selama 5 tahun 8 bulan 20 hari...digadaikan demi hari raya yang disambut 30 hari (Syawal) setiap tahun?



Semoga Ramadhan kali ini dapat memerdekakan minda dan hati kita agar tidak terlalu leka berhari raya sehingga lupa UPSR yang bakal tiba..