Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Friday, February 14, 2014

Tengah dok menunggu masa untuk masuk relief kelas tahun 4..subjek Sejarah...mmmmmm...subjek yang aku belajar sehingga tingkatan 3 sahaja. Itupun masa dalam kelas asyik menyumpah seranah je cikgu Sejarah tu sbb...aku duduk depan...so..tiap kali waktu Sejarah...jenuh 'tempias'. Naik tingkatan 4 dan 5...belajar di SM Teknik Ipoh..langsung la tak de subjek Sejarah. Tapi...rasanya tak la sesukar mana pun kalau setakat Sejarah Tahun 4. Yang penting...Sejarah..mesti ada...tarikh...tempat..peristiwa. Itu pesanan rakan-rakan yang 'pakar' Sejarah. Sementara dok layan jam yang rasanya macam tak bergerak jarumnya tu...tiba-tiba terdengar ustazah Nab sedang mengajar Bahasa Arab di kelas sebelah. Malu nak sebut...tapi terus terang aku mengaku memang tak pandai berbahasa Arab ni. Setakat membaca al-quran dan baca tafsir tu boleh la. Dua tiga kali aku cuba dengar apa yang disebut dek ustazah dalam kelas. bunyi macam ustazah tu sebut.. 'Kau Rabun'...kemudian dengar suara murid-murid ikut menyebut 'Kau Rabun' Lemahnya bahasa Arab aku ni....lepas ni nak tanya ustazah tu apa yang disebutnya tadi. Nak tergelak pun ada...lain yang disebut...lain lak yang aku dengar....hihihi...