Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Wednesday, March 20, 2024

AWAK HADIR PADA MASA YANG TEPAT

Terima kasih untuk seseorang yg telah hadir di sisi di waktu yang sangat tepat.

Alhamdulillah....Allah beri jawapan dalam istikharah. 

Untuk seseorang yang 'Limited Edition' seperti awak, semoga yang baik-baik sahaja untuk awak.

Terima kasih sentiasa ada untuk saya. Garang tapi romantik dan penuh dengan surprised

Garang-garang tapi pandai memujuk. 

Monday, January 8, 2024

HIDUPKU BAHAGIAKU BIAR ALLAH YANG TENTUKAN

Kenapa masih ada lagi jenis manusia yang suka tentukan hidup orang. Kalau kita sendiri tak suka hidup kita diatur oleh orang, jangan buat begitu pada orang lain. 

Dan yang paling menyakitkan, dah la nak aturkan hidup orang, aturan yang dibuat itu lebih kepada untuk kepentingan diri dia sendiri. Kenapa? Nak jadi narsistik juga ke? Cukup la sekali dah terkena dengan narsistik.

Bagilah peluang orang lain nak bahagia juga. Kalau ditakdirkan Allah nak duga dengan ujian yang berat...biar lah Allah yang memudahkannya. 

Ini tidak. Kita nak cuba juga berlagak pandai, acah-acah hebat dan terbaik. Sampaikan kita rasa kita layak untuk menentukan hidup orang.."Awak patut macam ni...." Awak tak boleh macam tu..." Awak jangan buat begini..." Saya tak nak macam ni lagi..."

Ewah...ewah...ewah...sedap bercakap kan. Kalau bab mengatur hidup orang, bijak yakmat. Padahal orang lain nampak je hidup kita tu yang tunggang-langgang. Tapi diri sendiri tak nak muhasabah. Tu yang asyik menuding salah orang, kesilapan orang, kekurangan orang.

Manusia jenis macam ni, buat semak hidup je. Dia tak tau ke buat-buat tak tau...Allah yang tentukan takdir perjalanan hidup seseorang nak jadi macam mana. Baik ke buruk di mata manusia...tetap terbaik di pandangan Allah.

So....saya bahagia dengan aturan Allah untuk saya. Dan saya bahagia bila sudah mula ada orang yang ingin membahagiakan saya.

Pilihan saya...pilihan dari Allah...

Monday, October 23, 2023

Adakah Aku Hidup Bersama Narsistik Selama Ini?

Seseorang individu yang mempunyai sifat narsisistik ini amat mudah untuk dikenali. Ini kerana, terdapat beberapa perkara atau ciri yang sangat jelas, yang membezakan dirinya dengan orang lain.

Berikut adalah beberapa ciri utama yang menunjukkan seseorang itu adalah individu narsisistik. 

  • Berasa diri sendiri lebih penting
  • Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain
  • Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja
  • Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain
  • Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu
  • Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi
  • Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain
  • Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain
  • Ingin diiktiraf atau dikenali ramai
  • Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain
  • Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya

Boleh dikatakan, segala apa yang berlaku dalam hidup individu narsisistik adalah hanya mengenai dirinya sahaja. Namun, ada juga beberapa kelemahan mengenai individu yang mempunyai gangguan ini. Antaranya ialah:

  • Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara
  • Sukar mengawal emosi dan perasaan
  • Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya
  • Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya

Terdapat beberapa kesan atau komplikasi yang boleh berlaku sekiranya sesseorang itu terus mempunyai sifat narsisistik ini. Antara kesan yang boleh dialami ialah:

Thursday, October 19, 2023

REUNION (RU) 50

Wahh duk tak duduk dah jadi pemegang kad 5 series dah bekas-bekas pelajar SMTI 89-90 ni ye.

30 Disember 2023...tarikh yang dah diwar-warkan untuk RU kali ni. Aku ni jenis tenggelam timbul teringin juga nak jumpa kawan-kawan satu kelas, satu dorm, satu asrama, satu sekolah ni. Macam mana lah agaknya keadaan masing-masing ye. 

Al-maklumlah...50-an ni. Aku yang sihat ni pun tiba-tiba tak semena-mena dapat result darah kolesterol is tinggi. 

Dalam duk berkira-kira tolak campur tambah nak pergi tak pergi RU ni...akhirnya jari ni terus je tekan transfer pendaftaran RU. Haha...bayar je lah dulu. Pergi tu belakang cerita.

Maka bermulalah episod cuba contact kawan-kawan yang dah lama save no phone diorang tapi tak contact pun sangat. Sembang-sembang sikit...ok lah...semangat dah datang nak pergi RU.

Harap-harap menu dinner nanti takla 50-an sangat ye...nanti semua nya tawar je...pakat-pakat jaga penyakit masing-masing kan.

Apapun...semoga semuanya sihat dan dipermudahkan untuk kita mengukuhkan silaturrahim.

For my bestie (Baya dan Helmy) yang memang tak kan pernah nak pergi RU...semoga dipermudahkan urusan umrah mu bersama suami.