Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Wednesday, March 30, 2022

NAIK PANGKAT KE?

Hari ni tah kali yang ke berapa Ketua Jabatan (KJ) cakap pasal isi permohonan jadi Guru Besar.

Dan ini tah kali ke berapa aku dah stress dengan benda yang KJ cakap tu.

Pagi-pagi lagi di pintu pagar, "Cikgu, Tuan kirim salam"

Aku yang tak berapa dengar ni sebab suara di sebalik facemask ni faham-faham je lah, "Wan?? Wan mana?"

KJ makin kuat bersuara, "Tuuaann PPD kirim salam, Dia suruh bagi borang NPQEL suruh cikgu isi."

Aku mula stress..."Waalaikumsalam...tak nak". Tak pe lah kalau asyik nak desak saya isi, saya letak jawatan pun tak pe"


Bla..bla...bla...aku dah malas nak dengar lagi.

Pertamanya...aku tak minat nak jadi guru besar ni sebab, tak nak kerja ofis hour.

Kedua...aku tak suka nak ulang-alik kursus di IAB tu.

Ketiga...aku tak de hala tuju dan matlamat yang nak dibawa sebagai ketua.

Cukuplah kan...bagi la pada orang yang memang minat kerja balik jam 5.00 petang ni.

Lagipun, aku ni bukan bagus mana pun nak sandang jawatan utama di sekolah ni. Buat jadi bergaduh je dengan orang. Alang kan sekarang pegang jawatan PK HEM pun asyik nak bertegang urat dengan pentadbir lain. 

Dah la sekarang rasa macam kena buli je dengan KJ kat tempat kerja ni. 

Haiihhh...Januari 1995 lantikan tetap...Januari 2025 cukup servis 30 tahun..dah boleh la fikir-fikir bersara awal ni.

Monday, March 28, 2022

MALU DI AKHIR ZAMAN

Salam pembaca...

Selalu kita dengan ceramah ustaz ustazah tentang sifat 'malu' yang semakin hilang dalam diri manusia di akhir zaman ini.

Apa yang disampaikan oleh para agamawan ini tidak ada salah silapnya. memang benar, jika kita baca pesanan Nabi SAW: Maknanya: "Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu" - [Riwayat al-Bukhari].

Apa yang disampaikan oleh para agamawan ini lebih menjurus kepada sifat malu yang sudah semakin hilang di kalangan sebahagian remaja, muda-mudi, wanita- wanita, gadis-gadis dan lebih parah lagi di kalangan warga yang semakin berusia. 

Kecanggihan media sosial banyak dikaitkan dengan kepupusan rasa malu yang disebut-sebutkan ini.

Tapi, saya terpanggil untuk membicarakan rasa malu di kalangan para agamawan itu sendiri. Pernahkah kita semua berfikir sejenak, adakah para agamawan juga tidak hilang rasa malu. Mungki ramai tertanya maksud saya menulis ini.

Cuba kita lihat di zaman sekarang ini, bukan sahaja aplikasi media sosial tumbuh rancak, para ustaz ustazah juga tumbuh mencanak sama ada mereka itu hasil daripada penuntut ilmu, atau hasil daripada program realiti, ataupun hasil dari pembacaan dan tafsiran sendiri  disulami dengan bijak berkata-kata, maka terhasillah para ustaz ustazah yang semakin popular.

Saya bukan hendak bicarakan tentang populariti mereka. 

Apabila para ustaz ustazah ini berceramah soal 'malu' ini tadi yang semakin hilang di kalangan masyarakat awam, adakah mereka sedar bahawa mereka juga sudah hilang malu yang menjadi benteng sebahagian daripada iman mereka.

1. Sebilangan penceramah yang meletakkan bayaran apabila diundang menyampaikan ceramah/ dakwah kepada masyarakat. ada yang sampai menyebut-nyebut ketidakpuasan hati apabila menerima bayaran yang rendah.

- di manakah rasa malu para penceramah agama ini.

2. Sebilangan penceramah yang menjadikan media sosial tempat menayangkan segala kebaikan yang ditabur

- di manakah rasa malu para pendakwah ini

3. Sebilangan penceramah yang mula mempamerkan sisi kehidupan yang umpama selebriti

- di manakah rasa malu para pendukung agama ini

4. Sebilangan pendukung agama yang bertelagah sesama sendiri di media sosial

- di manakah rasa malu mereka

Tidakkah mereka sedari yang mereka juga semakin hilang rasa malu yang merupakan sebahagian daripada iman ini.

Kenapa para penyambung dakwah Rasulullah s.a.w ini tidak mengambil iktibar daripada sirah yang mereka sendiri sampaikan tentang perjuangan nabi kita dalam berdakwah dan menyebarkan agama yang langsung tidak mementingkan kekayaan dan kesenangan peribadi. Dalam mereka berceramah tentang perjuangan nabi, mereka sendiri mengumpul kekayaan hasil ceramah mereka sendiri.

Fikir-fikirkan....


Sunday, March 27, 2022

TERJEBAK DRAMA TURKI


 Mula-mula jumpa klip drama ni dalam tik tok. Tengok macam best. So, try la cari di youtube.

KIRALIK ASK (maksudnya Love For Rent) sebuah drama Turki 202 episod. Watak dalam drama ni yang buat terjatuh hati nak habiskan hingga 202 episod adalah watak Omer dan Defne. Lokasi drama pula banyak dilakonkan di Istanbul.

Tak tau la orang lain. Tapi bagi diri aku sendiri watak Omer ni memang watak lelaki idaman semua wanita. Dan watak Defne ni pun ada la kena tempias juga dengan diri aku sendiri. Ye lah, perempuan kan.

Menonton drama Turkish yang ini, memang kita dapat kenal juga la budaya masyarakat Turkish. Lebih kurang macam drama Melayu juga la. Ada iri, cemburu, menyibuk hal orang, lelaki lembut, kekayaan, kekuasaan, harta. Ada juga ciri-ciri bersalam, menghormati orang lebih tua, menjaga nama baik kejiranan dan sebagainya (kena la tengok sendiri). 

Cuma, kalau kita tengok dari sudut yang negatif, kita dapat la negatif. Contoh cara wanita moden di sana berpakaian, cara pergaulan dan perbezaan cara hidup Islam moden di sana.

Tapi dalam hanya berpandukan 'subtitle' sahaja untuk faham jalan cerita drama ni, ada babak-babak yang buatkan air mata aku ni meleleh juga. Bagi yang nak atau dah menonton drama ni, kena sabar lah nak habiskan 202 episod.

Tapi boleh je sabar sebab hero Omer ni hensem. Hihihi.

SERGAHAN HARI PERTAMA

 21 Mac 2022 - Isnin

Hari pertama sekolah sesi 2022/ 2023.

Biasalah, tugas kak hem (gelaran cikgu-cikgu utk PK Hem di SKP ni) mesti kena sampai awal sekolah.

Kalau sebut 'jaga pagar' macam kasar la bunyi nya kan. So, kita sebut la sambut murid acah-acah guru penyayang. Guru bertugas yang lagi awal sampai, Cikgu Alyas. Lepas tu PPS (Pegawai Perhubungan Sekolah) Koperal Hamidah dan rakan polis. Sambil-sambil sambut murid datang, sempat la bergambar sekeping dua (evidens). Lepas tu iring kedua-dua anggota ke pejabat KJ (Ketua Jabatan bukan Khairy Jamaludin ye). Sambil nak menuju ke pagar sekolah semula, jenguk jugak la kelas-kelas tengok keadaan murid yang dah sampai awal.

Sampai la kak hem di pintu pagar. Sambil tu mata melilau tengok kot-kot ada mana-mana pegwai dari PPD yang datang. Nampak sebuah kereta yang asing di dalam kawasan masjid sebelah, dengan seseorang di tempat duduk pemandu. Ah, mungkin parent yang hantar anak kot. So, terus lah berdiri di pintu pagar, sambut murid.

Tiba-tiba ada sapaan dari belakang. Rupanya En Zailan, Timbalan PPD dah tercegat berdiri di belakang kak hem. Tapi sebab dah kenal lama, so tak de la rasa 'neves' ke apa. Tak lama, anggota PPS pun sampai dari pejabat KJ. Sambil masing-masing bertegur sapa, bergambar lagi lah kami berama-ramai.

Selesai urusan di pagar. En Zailan pun melakukan rondaan ke kelas-kelas dan berjumpa dengan KJ. Adalah beberapa perkara yang ditegur dan perlu ditambabaik. Selesai lah satu bab.

Kebetulan ada persiapan untuk majlis persaraan Cikgu Rosimah. Semua sedang sibuk di kantin dan tempat majlis akan diadakan. Tiba-tiba ada pulak sebuah kereta berlogo kan KPM masuk terus menghala ke depan pejabat. Kebetulan kak hem dengan Cikgu Aslina (PK Kokurikulum) ada berdiri di depan pejabat tu. 

Alamak...tuan PPD sendiri turun padang. Turun dari kereta terus menghala ke makmal komputer dengan disambut oleh KJ. Di dinding makmal itu juga lah terpampang papan kenyataan tiga-tiga bidang. Apa lagi...'menjerit dalam senyap' le kak hem dan Aslina bila tuan PPD berbual dengan KJ di depan papan kenyataan sambil menengok papan kenyataan tu. Sebaik diaorang menghala ke kantin (mungkin untuk menyapa orang yang dirai), kak hem dan As pun bergegas dengan pantas ke papan kenyataan dengan tujuan nak tanggalkan cepat-cepat segala maklumat yang tertera, terutamanya angka 2021 yang begitu besar dan nampak jelas.

Tapi sebab kak hem ni rendah, terpaksa lah minta bantuan As untuk tanggalkan. Terkial-kial nak tanggalkan '2021' tu dengan cepat-cepat. 

'Haah!! Buat apa tu?' 

Tiba-tiba, dalam kalut-kalut tu, disergah dari belakang. Sekali toleh, Tuan PPD dengan KJ dah ada di belakang kami berdua. Aduuuhhh....malunya.

Apa lagi tersengih-sengih macam kerang busuk dua-dua kami. 

Maka berdiri lah kami di situ mendengar segala 'teguran', 'nasihat', 'cadangan' dan lain-lain daripada tuan. Mana tidaknya. Tuan cukup dikenali memang pantang jika dah masuk sesi baru, masih ada lagi perkara-perkara sesi yang lepas. Apatah lagi yang terpampang jelas dan besar macam tu.

Memang nasib kami la hari pertama dah kantoi dengan tuan PPD sendiri.

Apa-apa pun, pengajaran untuk kami. Dan perkara itu memang sepatutnya tak berlaku.

Semoga menjadi pengajaran buat semua. Walaupun kantoi, tapi sebab cara teguran tuan yang berhemah tu, kami jadi lucu dengan situasi tersebut.