Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Thursday, April 21, 2011

Cikgu..selamilah hatiku..

Selesai kelas tuisyen sebentar tadi, aku dan rakan (Kak A) bergegas turun untuk pulang ke rumah masing2. Sementara menemani beberapa org pelajar yg menunggu diambil oleh ibu bapa mereka, aku berborak dgn Kak A. (Rakan seorang lg telah pulang awal..dating katanya). Tiba2 kelihatan seorang pelajar sekolahku melepasi kami dengan mengayuh basikal . Kami berdua berteka-teki, mengapa sudah malam2 begini masih merayau bersendirian. Dari jauh Kak A melaung ke arah pelajar tersebut menanyakan apa yg dibuatnya merayau malam2 begini.

Dari jauh juga pelajar itu menjawab, 'Meniaga!'. Selepas itu kelibatnya semakin hilang dr pandangan. Kami terus berteka-teki, 'Mengapa malam2 masih tolong mak ayah berniaga?'..'Besok kan sekolah?'...'Bahaya la sorang2 merayau malam2 ni'

Akhirnya topik perbualan kami berlarutan tentang masalah pelajar2 sebegini. Patut lah bila di sekolah, pelajar seperti ini kelihatan letih, tak bermaya, mengantuk dan tiada semangat untuk belajar. Lebih malang lagi, ada yang langsung tak hadir ke sekolah.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, sambil memandu, fikiranku melayang tentang beberapa pelajar kelasku yg bermasalah.

Pelajar 1
Sambil menghantar buku latihan ke mejaku untuk disemak, "Cikgu, semalam saya kena cubit dengan opah". Aku bertanya kembali, "Kenapa kena cubit? Awak buat salah ye.." "Opah suruh siapkan latihan ni la", jawabnya.
"Elok la mcm tu, opah sayang kat awak la tu, tgk ni, kan dah boleh hantar kerja sekolah sebab dah siap", aku melayan kerenahnya. "Tapi tak sakit pun", jawabnya sambil berlalu ke tempat duduknya.


Ini adalah salah seorang pelajarku yang dipinggirkan oleh ibu sendiri. Menurut kisahnya, bapanya telah meninggal dunia. Hasrat si ibu untuk berkahwin lain telah ditentang oleh opahnya. Maka si anak ditinggalkan bersama opahnya manakala si ibu mengikut suami barunya. Tinggallah dua beradik ini bersama-sama opah mereka. Pada awalnya, pelajar ini sentiasa menimbulkan masalah di dalam kelas. Kali pertama aku melihat dia, renungan matanya seolah2 ada perasaan benci di dalam dirinya. Namun, sikapnya yang sentiasa cuba mendekati guru dan mulutnya yang agak terlebih ramah walaupun semasa guru mengajar, seolah2 inginkan perhatian. Usaha aku untuk 'tackle' pelajar ini agar memberi tumpuan ketika belajar, membuahkan hasil. Sekarang, dia lah pelajar yang terawal menyiapkan latihan, pandai bergurau dan agak sensitif jika aku meninggikan suara di dalam kelas. Tapi, mampukah sifat baik ini berterusan di dalam dirinya.

No comments: