Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Monday, October 14, 2019

18 JENIS MANUSIA BERACUN

18 jenis manusia beracun yang anda perlu elak daripada menjadi kawan rapat.

Macam mana nak tau sama ada anda ni jenis manusia beracun? Atau lebih tepat lagi, macam mana nak tau perangai sebenar anda di mata orang lain?

Lihat lah siapa kawan-kawan anda yang sering anda habiskan masa bersama. Kalau majoriti kawan-kawan anda adalah di kalangan manusia yang beracun, maka kemungkinan besar anda juga termasuk kategori manusia beracun.

Oleh itu, amat penting untuk anda tapis dengan siapa kawan-kawan yang boleh dijadikan kawan rapat. Berkawan dengan semua orang boleh, tapi kawan rapat perlu dipilih dengan teliti.

Cuba semak kawan-kawan yang anda banyak habiskan masa bersama selama ini. Ada tak mereka mempunyai salah satu atau lebih daripada 18 sikap buruk yang beracun ini.

1. Suka mengumpat, cakap buruk tentang orang lain
 Macam mana nak kenal? Kalau di depan anda dia mengata buruk pasal orang lain, maka tak mustahil dia juga akan mengata buruk pasal anda di depan orang lain.

2. Sentiasa bersangka buruk
Orang yang tak pernah nak fikir pasal benda baik akan berakhir dengan apa yang dia fikirkan. Semua yang berlaku di sekelilingnya ditafsir secara negatif. Orang macam ni biasanya mati cepat sebab hidup sentiasa tertekan dan menyusahkan orang lain.

3. Tidak bertimbang rasa
Orang yang tak bertimbang rasa tak ada kemahiran menyelami perasaan orang lain.

4. Ambil banyak masa anda dengan sia-sia
Ada orang ambil banyak masa anda tetapi masa yang diberikan tidak sia-sia. Anda dapat ilmu dan manfaat setiap kali anda habiskan masa dengan mereka. Ada juga orang yang habiskan banyak masa anda tapi semuanya sia-sia. Bercakap perkara tak faedah, kritik sana kritik sini. Kalau tak bercerita pasal orang, dia akan mengeluh ketidakadilan hidup yang dialaminya.

5. Sentiasa ada krisis dan konflik dengan orang lain
Orang yang sentiasa ada saja yang tak kena pada orang lain. Jumpa orang baru, pun ada masalah. Tapi semua orang yang tak kena.  Dia saja yang tak ada masalah kononnya.

6. Sering pusing cakap
Orang yang suka pusing cakap bukan susah nak dikesan. Mereka jenis yang tak pernah nak mengaku silap. Kalau betul silap pun, masih nak pusing sana sini untuk betulkan. Orang macam ni kuat berbohong. Letih kalau ada kawan macam ni.

7. Sentiasa kritik anda
Setiap kali jumpa anda, ada saja yang dikritiknya. Hampir tak ada satu pun yang anda ada atau anda buat boleh dipujinya. Orang macam ni memang tidak ada rasa hormat pada anda. Tidak memberikan motivasi pun pada anda.

8. Lebih suka bercakap daripada mendengar
Bak kata orang, bukan pendengar setia. Asyik nak dengar dia je bercakap, kita baru nak cakap sikit dah dipotongnya.

9. Asyik dia saja yang jadi mangsa
Kononnya dia je lah yang jadi mangsa keadaan dan mangsa orang lain. Mereka ni tak ada rasa bertanggungjawab terhadap apa saja keadaan walaupun pada diri sendiri.

10. Suka sakitkan hati
Apa saja yang keluar dari mulutnya ada je yang menyakitkan hati. Tindak tanduknya juga menyakitkan hati sama ada hati anda atau hati orang lain.

11. Suka berlebihan tambah garam
Apa saja cerita akan ditokok tambah berlebihan. Ibaratnya, kalau batu batu tu pun sedap jadinya dek cerita dia. Jangan mudah percaya dengan orang macam ni. Cerita sejengkal jadi sedepa. Tah mana betul mana tak betul.

12. Panas baran, cepat naik darah
Tak boleh bersabar walaupun pada perkara yang kecil. Cepat nak melenting kalau tak kena dengan dia.

13. Sentiasa nak betul
Kalau benda betul nak dipertahankan, orang pun faham. Tapi kalau dah benda tak betul pun nak dipertahankan juga,memang akanjadi masalah yang serius.

14. Tak hormat orang
Orang yang memandang rendah pada orang lain. Lebih-lebih lagi pada orang yang level rendah sikit daripada dia seperti pelayan kedai, tukang cuci, tukang kebun dan sebagainya...akan jadi makanan herdik dia la kalau tak kena gaya.

15. Pentingkan diri sendiri dahulu
Jenis yang apa-apa hal selamatkan diri sendiri dulu. Kira nak cuci tangan dulu la kalau jadi masalah besar. Tak kira la kita sedang terdesak ke, dia apa peduli.

16. Sentiasa cuba kawal anda
Ni satu hal lagi, semua berkaitan kita nak dikawalnya. Apa saja pemikiran dan tindakan kita nak dikawalnya. Semua nak kena bagi tau dia, semua nak kena ikut pendapat dia. Ewah...banyak cantik.

17. Ada masalah ketagihan
Ini bukan bermaksud ketagihan dadah. Zaman moden ni banyak lagi ketagihan lain yang boleh mendatangkan masalah. Ketagih membeli-belah, ketagih shopping online, ketagih berchatting, ketagih layan media sosial dan macam-macam lagi sehinggakan tugas harian terganggu.

18. Rasa tak sedap hati dengannya 
Bisikan hati kita biasanya betul. Bila kita dah mula rasa tak sedap hati dan tak selesa berkawan dengannya ertinya memang betul lah apa yang perasaan kita cuba sampaikan. Jadi, ikutlah gerak hati untuk menjauhkan diri daripadanya.

So...perhatikan kawan-kawan sekitar anda dan perhatikan juga diri anda. Adakah sifat-sifat di atas ada pada anda atau rakan-rakan anda. Maka baikilah diri kita dahulu dan cuba jauhkan diri daripada berkawan dengan orang-orang yang ada ciri-ciri di atas..

Wallahualam. Sekian.

Monday, October 7, 2019

Yakinlah Allah itu Maha Segala....

Setiap daripada kita pasti mempunyai seseorang di dunia ini yang seringkali kita meletakkan kepercayaan dan berserah serta berharap kepadanya dalam pelbagai perkara.
Namun, pernahkah kita terfikir, jika sesuatu berlaku kepada orang tersebut, misalnya dia ditimpa kemalangan atau pergi mengadap Illahi, apa akan terjadi kepada semua harapan yang kita sandarkan kepadanya?
Kepada siapa kita harus bergantung harap selepas itu?
Disebabkan itulah, kita tidak seharusnya meletakkan sepenuh kepercayaan, berserah dan berharap kepada manusia, kerana manusia adalah makhluk Allah yang pasti akan mati.
Atas sebab itulah, Allah S.W.T. menyuruh hamba-hamba-Nya untuk bertawakal dan berserah hanya kepada-Nya kerana Dia Maha Menentukan, Maha Mengetahui dan Dia tidak akan mati.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri (bertawakal) sepenuhnya kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melaksanakan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Thalaq 65; Ayat 3).
Begitu juga dalam soal kepercayaan kepada pasangan. Ramai di kalangan kita yang tidak banyak...sedikit pasti ada rasa curiga terhadap pasangan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah ditipu oleh pasangan. Hati akan menjadi tidak tenang memikirkan pasangan yang tidak berada di depan mata. Iblis pula mula memainkan peranan menghasut untuk menambahkan lagi prasangka. Macam-macam usaha yang dilakukan selagi tidak memuaskan hati sendiri. Kadangkala benda yang baik pun nampak tidak baik. Ini kerana hati telah mula hitam dengan bisikan syaitan.
Percayalah kepada Allah s.w.t. kerana Allah itu Maha segala. Jika ikhlas hati kita mencintai pasangan, jika jujur kita ingin hidup bersamanya kerana Allah s.w.t....segala kebenaran, kejujuran dan keikhlasan pasangan pada kita akan Allah tunjukkan tanpa perlu pasangan itu sendiri menunjuk-nunjuk kepada kita. Sebaliknya juga akan Allah tunjukkan jika pasangan itu tidak ikhlas  dan tidak jujur terhadap kita. Maka, tidak perlu bimbang dan terlalu obses memikirkan pasangan kita di mana, dengan siapa, buat apa dan sebagainya yang boleh mengganggu ketenteraman jiwa kita sendiri.
Peganglah kepercayaan bahawa 'Allah itu Maha'. Sebijak-bijak manusia...bijaksana lagi Allah s.w.t. Sentiasa tetapkan dalam hati...Allah itu ada...aku hanya berserah kepada Allah...hanya Allah tempat ku mengadu...hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untukku. InsyaAllah...hati kita akan tenteram dan aman...sentiasa lah berfikiran positif dan rasional terhadap sesuatu situasi.
Sekian...ikhlas dari Zarra atas pengalaman hidup yang dilalui sendiri.