Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Tuesday, February 28, 2012

Kem Jati Diri 2012

Kelakar pun ada...malu pun ada...

Mana tak nya...punya la beriya-iya tak nak turut serta dalam program Kem Jati Diri murid tahun 6 pada 3 Mac ni. Alih-alih...kena jugak pergi. Kakakakakaaka....

Cik Ta dan Mak Ecah pun mcm dh jauh hati je bila aku ckp tak nak pergi. Last-last...semalam bertembung dgn bos...tak pasal2 kena tanya..."Pasal apa pulak kamu tak pergi...ni program thn 6..Penyelaras dan Setiausaha mesti pergi.Mesyuarat nanti..masuk jugak!!"

Hmmph..tak terkata apa2 la aku. Memang le betul tu sebahagian projek aku..tapi kan dh ramai yang pergi..so blh la pantau budak2 tu skali. Tapi bos nk aku pun pergi jugak.

Siap aku tanya lagi kt bos..."...yang NAK pergi ke yang KENA pergi?"
Bos pun terus ckp...KENA pergi...so...speechless la...

Buat Cik Ta, Mak Ecah, Mr Naib S/U...'let the show beginnn..." hahaha...

Monday, February 27, 2012

Lega...satu bab

Pagi tadi selesai lah sudah Pasca Pendaftaran UPSR 2012. Segala-galanya telah diserahkan kepada pihak berwajib.

Kelakar jugak bila ada yang gelar aku ni 'sifu'. Padahal bukannya pandai sangat. Cuma tolong gitu2 je. Tak pe lah...dah org nk panggil gitu.

Dalam asyik sgt bekerja..NAHH!!!sifu punya kerja yang sangkut.kahkahkah...tu dia..nk kata apa lagi. walaupun kerja ni org lain yg buat silap..tapi sifu pun terkena tempias..tu la pasal..percaya sgt dgn org..konon2 tak payah nak check beriya..haaa...padan muka sendiri..org tu pun bkn nya ambik kisah pun.

Disket lak meragam...huuhhhh...sib baik leh settle.

Next time...jgn percaya sgt kerja org...kan kan kan..

FENOMENA BARU....

Salam bertaut kembali...sekian lama tidak menjengah...kini terdetik pulak rasa di hati untuk menulis sesuatu di sini..

"Fenomena baru"...mungkin tidak kepada mereka yang bukan bergelar guru. Ianya lebih sesuai ditujukan buat guru-guru yang sedang melalui fasa baru dalam kehidupan mereka kini.."fenomena sambung belajar"...

Walaupun perkara ini dah lama bermula...tapi ianya semakin kelihatan begitu drastik (betul ke istilah ni) apabila semakin ramai yang ditawarkan peluang untuk belajar walaupun tidak memohon@tiada keinginan memohon.

Kalau dulu telinga ni kedengaran jugak lah sebilangan kecil yang mengatakan..tidak sama sekali untuk belajar lagi..waima kena jadi kuli sekalipun..tapi sori la kawan..hati ni tertawa geli hati bila mengenangkan siapa yang bercakap begitu...kerana....tahniah lah sbb anda juga tak sanggup rupanya kalau jadi kuli..hahahha...

Apa-apa sekalipun..syabas diucapkan kerana anda memang seorang yang tabah dan bersemangat tinggi untuk menyambung cita-cita anda. Cumanya..janganlah terlalu diagungkan sangat title sebagai student tu memandangkan anda mempunyai tanggungjawab untuk mendidik begitu ramai student di sekolah yang entah kan bagaimana la masa depan mereka..yang mungkin sedikit sebanyak terletak di tangan anda.

Buat ingatan diriku sendiri...peliharalah apa yang ada agar tidak keciciran...andai ditakdirkan ku harus menempuh fenomena baru seperti ini...kejarlah ia..namun jangan sekali-kali meninggalkan sesuatu yang lebih berharga...yang bakal menjamin kebahagiaan di alam yang abadi.