Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Friday, April 22, 2011

Datuk ku Amitabh Bachan...

Penat mengajar PJ kelas tahun 3 yg rata2 pelajarnya ber IQ lemah..payah nk dengar kata..3S (Suka Syok Sendiri). Suruh buat aktiviti merangkak macam harimau..mcm2 harimau yg keluar..Merangkak melalui skitel, dengan skitel2 terbalik..ganas tul harimau2 ni. hehehe..tp seronok. Berpeluh sakan hari ni.

Habis aktiviti di padang, beralih ke kelas. Tinggal lagi 10 minit tamat kelas. Pe lagi..masa untuk semak latihan dalam buku la.

Tajuk latihan yg diberi..Sayangi Keluarga. Pelajar diminta menampal gambar2 ahli keluarga di dalam buku latihan di ruangan yg disediakan. Seorang demi seorang menghantar buku latihan yg telah siap untuk disemak. Aku pun menyemak dulu latihan mereka sebelum mengumpulkan buku2 tersebut.

Datang seorang pelajar bernama Baher (ala2 Pakistan sikit). Gambar di ruangan 'Datuk' di tampalnya gambar Amitabh Bachan. Aku pun tanya, 'ni sape datuk awak ni?' Lantas Baher menjawab, 'Ni datuk saya yang dah tinggalkan kami (dgn muka yg serius)'. Aku tanya lagi, 'Datuk awak ni lari ke hindustan ke?'Sambil menganggukkan kepala Baher menjawab,'A'ah, tak tau dia pegi mana, saya tak ingat.' Aku usik dia lagi, ' Dia pergi hindustan tinggalkan awak kat Malaysia la ye..' Dengan penuh konfiden Baher mengangguk.

Habis satu kelas gamat dengan gelak tawa pelajar2 lain. Aku? Rasa nk pecah perut menahan gelak. Baher? Terpinga2 dengan reaksi yg berlaku.Hahaha.

No comments: