Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Friday, June 23, 2023

HIDUP BARU SEMANGAT BARU

Selepas ujian demi ujian...aku perlu mengorak langkah seterusnya. Tinggalkan segala kenangan yang tersisa. Walaupuan bukan mudah untuk melupakan semua yang berlaku.

Kesakitan, kelukaan, kekecewaan, pengkhianatan disulami keindahan harus aku kuburkan demi merawat sekeping hati. Hidup perlu diteruskan. Aku masih punya ibu bapa, adik-beradik, anak-anak dan saudara mara yang sentiasa memberikan sokongan.

Perancangan untuk bersara awal tetap diteruskan dengan izinNya. Peluang untuk kembali berbisnes perlu dirancang bagi mengisi waktu agar aku tidak terus dibuai kenangan. Kenapa perlu bersara? Aku tidak mahu lagi berada dalam bidang yang boleh membawa ingatan ku terus apa yang pernah berlaku dalam hidupku

Cukuplah segala yang telah berlaku ini aku jadikan pengajaran untuk diri dan keluarga.

Aku tak sekuat Khalish (Perempuan Itu) yang mampu bersuara menegakkan haknya. 

Wednesday, June 21, 2023

JANGAN MUDAH PERCAYA - MUNAFIK ADA DI MANA-MANA

Setiap orang takkan pernah lepas dari ujian. Masalah yang dihadapi kadangkala membuat kita sangat tertekan. Apatah lagi jika kita seorang yang dikenali ramai.

Lumrah manusia, perlukan seseorang tempat untuk berkongsi rasa. Tentulah aduan pertama kepada Allah s.w.t. Kadangkala gerak hati kita dah betul untuk tidak mempercayai orang-orang tertentu sebagai tempat mencurahkan masalah. 

Malangnya, ada sejenis manusia yang memang suka mencari-cari maklumat , mengorek cerita yang langsung tak ada kaitan dengan hidup dia pun. Sifat manusia sekarang, ingin jadi yang pertama mendapat maklumat dan yang pertama menyebarkan maklumat. Berebut-rebut dosa jariah.

Kita belum buka mulut pun lagi, hal peribadi kita orang lain pula yang sampaikan pada kita. Tertanya-tanya..."Eh..Siapa pula yang sebarkan ni?" Dah macam roda ferris.  Cerita tentang diri kita sendiri, orang lain pula datang cerita pada kita. 

Yang agak menyedihkan, nak marah pun ada, punya nak tau masalah kita konon-konon ambil berat, nak bantu kita dan siap berjanji tak kan cerita pada sesiapa. 

Alih-alih, mulut orang yang beriya berjanji dan yang beriya menunjukkan simpati tu pula yang menghebahkan hal peribadi kita.


Jaga-jaga orang macam ni. Munafik sungguh. Itu belum lagi cerita tu ditokok-tambah penyedap rasa. Belum lagi cerita tu ditunggang terbalikkan. Belum lagi cerita tu menjadi bahan ulasan/ summary oleh geng bawang.

Hati-hatilah dalam mempercayai orang. Jangan percaya pada sesiapa, tak perlu nak explain apa-apa pada sesiapa, tak perlu nak fikirkan apa orang nak kata.

Kita berserah sahaja pada Allah yang Maha Kuasa. Bersangka baik pada Allah. Mungkin ada ganjaran untuk kita.

Yang sibuk suka 'menjaja' tanpa lesen tu...bersiap sedialah untuk ditarik segala pahala. Takut muflis je di mahsyar nanti.

Wednesday, June 14, 2023

Iddahku Dalam KasihMu

 13 Jun 2023 - tamat sudah satu ikatan dengan seorang yang bergelar suami

Kebahagiaan selama 5 tahun 11 bulan tercemar dengan ketidakjujuran

Doa ketika di Jabbal Rahmah...Allah makbulkan ketika hampir bulan Zulhijjah 1444H

"Ya Allah seandainya jodoh ini baik untuk ku...eratkanlah kasih sayang antara kami, jika jodoh ini tidak baik untukku...tunjukkanlah jalannya" ...doa yang dipohon ketika berada di puncak Jabbal Rahmah

Kasih sayang Allah Maha mengetahui segalanya...

Allah beri kesempatan 5 tahun 11 bulan untuk merasai kebahagiaan sebagai seorang isteri...untuk menunaikan tanggungjawab sebagai isteri...untuk baiki diri menjadi isteri yang baik untuk suami.

Akhirnya...6 April 2023 bersamaan 15 Ramadhan 1444H...Allah beri kejutan

Suami yang amat dikasihi dan disayangi mengalami kemalangan. Bermulalah episod segalanya terbongkar. Allah Maha Besar...satu persatu ketidakjujuran suami Allah tunjukkan.

Betapa terlukanya, kecewanya hati. Hati dan fikiran sudah tidak tahu yang mana benar yang mana tipu.

Tahajjud ku padaMu ya Allah....akhirnya kekuatan yang Allah beri untuk bangkit mencari kebenaran.

Segalanya semakin jelas. Hati mana tak terluka, hati mana tak sedih.

Ujian demi ujian Allah beri...air mata menjadi peneman

Allah beri ujian suami kemalangan

Allah beri ujian segala ketidakjujuran terbongkar

Allah beri ujian satu ungkapan 'cerai' dilafazkan


Semoga Allah beri kekuatan