Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Tuesday, October 4, 2011

Komputer Rosak Ke??

9:40 a.m. masuk kelas th3 (kelas hujung) utk ajar Pend Kesihatan selama 30 minit. Minggu lepas dah ajar tentang penyalahgunaan bahan (dadah, alkohol, rokok).

Minggu ini ingat nk ajak budak2 ni layan satu iklan tentang kempen anti merokok. Cadangnya lepas budak2 ni layan iklan ni, nk suruh depa ni lakonkan semula watak2 dalam iklan tu dgn gaya sendiri.

So, bawa lah budak2 yg seramai 15 orang ni masuk makmal komputer. Dengan anggapan depa ni pandai layan internet, cikgu pun suruh la on komputer dan cari iklan yg cikgu cakapkan tu.

Ada yg komputer nya ok, blh terus dpt layan internet. Tapi ada gak yg lambat sbb server slow.

Dalam ramai2 yg mencuba ni..ada lah sorang murid ni. Dari td asyik panggil2 cikgu. Katanya, "Cikgu, komputer ni rosak la.." Cikgu nya heran gak sbb tanya pada technician, 1-2 je yg x blh guna dan tlh dikenalpasti pun. Cikgu pun pergi la kt murid trsebut nk tgk pe yg rosak.

Memang la tak mau sayang oii...dh tak on suisnya...(sambil tgn cikgu menekan suis). Budak tu muka selamba mcm x bersalah jer...aduuuu...

Monday, October 3, 2011

1 dalam 1000...

Aku heran betul la dgn mamat sorang ni. Selepas satu..satu dia cari pasal dgn org. Kalau dh rasa nak jadi kera sumbang.. berenti je jadi cikgu. Tak pernah jumpa la cikgu mcm ni. Dulu..aku dh penah kena dgn dia ni. Sbb tu smpai sekarang aku tak hingin nak pandang muka dia pun. Dah la muka kelat..kata bekas pelajar sekolah agama..tak kan tak tau senyum itu sedekah. Ni bkn kata senyum..sinis ada la.

Hari tu ko cari pasal dgn bestfren aku lak. Apa la salahnya guna bahasa dan nada suara yg lbh baik. Agaknya sekolah ko dulu tak ajar kot cara berbahasa dgn org. Meh le sini kitaorng ajar ko cmna nk berbahasa. Eeeee...geram tul la. Padahal kawan tu la yg byk bersusah payah termasuk la utk anak ko yg nk ambik peksa. Dah la tak pernah nk berterima
kasih..berbahasa kesat lg ada.

Baru2 ni ko cari pasal lg dgn seorang guru agama. Alasan ko ialah ko senior. Senior sgt ke ko tu. Ko faham ke mksud senior? Poodahh...
Geli telinga aku. kalo setakat nk kempen ko la senior..aku pun blh. aku lg senior dr ko. Kalo aku bg ko soalan pasal Headcount..ETR..TOV..OTI..agak2 ko tau ke? MBMMBI tu ko tau ke..SPPBS..SAPS..ko tau ke cmna nk wat..aku gerenti ko tak taunya.

Tapi aku pelik la dgn ko ni..dgn pengusaha kantin pun ko cari pasal. Manusia apa la ko ni.

Nasihat aku..ubah2 le perangai tu. Ko pun dh tue..takut nnti x de org nk tolong kapankan ko bila mati nnti.

Dan ko ingat le sikit..ko sorang..cari pasal dgn ramai org..sendiri mau ingat la.

Takut ada yg 'mandrem' ko nnti..

Redhakah Aku?

Alhamdulillah...byk perkara dan urusan yg telah selesai. Terkenang peristiwa semalam. Sewaktu menghantar anak pulang ke asrama..terasa juga di hati..sudah dua kali anak balik tanpa ayah di sisi. Hanya hati seorang ibu yg memahami. Namun sebagai isteri, harus juga memahami situasi suami.

Namun ku bersyukur mendapat anak2 yg cukup memahami. Perjalanan ke Ipoh diiringi hujan lebat dan ribut petir menambahkan lagi kekuatan utk meneruskan pemanduan. Tambahan pula semua anak turut sama.

"Eh..kenapa kereta ni mcm bergoyang je? Sebab ribut ke..sebab tayar", hati dh mula risau. Lalu kuperlahankan pemanduan di lebuhraya yg di basahi hujan demi mengelakkan sebarang kejadian yg tidak diingini.

Mungkin sebab ribut agaknya..sebab pemanduan ku dikejutkan dgn dua batang pokok yg tumbang di tepi jalan dan menghempap sebuah kereta Iswara berwarna hijau. Simpati ku utk sesiapa jua yg berada di dalam kereta itu. Bersyukur kerana kereta yg kupandu lewat 5 minit dari kejadian yg tak disangka2 itu. Jika tidak..mungkin...

Sepanjang perjalanan hati ku tidak putus2 berdoa semoga segalanya berjalan dgn lancar. Ku lihat anak2 dh mula ada yg tidur. Alhamdulillah..hujan semakin reda walaupun tidak berhenti terus.

Tiba di asrama...hujan masih renyai2. Setelah bersalam-salaman, kucium kedua belah pipi anak bujang ku seperti kebiasaan apabila menghantarnya pulang. Terasa sebak di dada bila kali ini juga ayahnya tidak dapat bersama2 menghantar kepulangannya ditambah pula sepanjang kepulangannya hanya tiga jam sahaja berjumpa dgn ayahnya. Namun hiba hati ku tidak ku tunjukkan..biarlah hanya kegembiraan yg bermain di jiwanya seperti anak2 yg lain yg tak sabar2 nk ajak mamanya ber shopping.

Akhirnya..lewat jam 10 malam kami berada di rumah dgn wajah2 kegembiraan setelah masing2 mendapat baju baru. Namun anak2 yg kecil yg tidak memahami apa2 terus bertanya.."Mama, ayah balik pukul berapa? Mama kata ayah balik pukul 10.30..ni dah lebih pukul 10.30 dah", anak bongsu tak habis2 bertanya. "Kejap lagi ayah sampai la..pegi basuh badan sikit, pastu tidor..besok nk sekolah kan"..pujuk hatiku sendiri.

Sesungguhnya aku redha dengan semua yg tersurat dan semoga segala pengorbanan ini dirahmati oleh Allah s.w.t