Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Monday, October 23, 2023

Adakah Aku Hidup Bersama Narsistik Selama Ini?

Seseorang individu yang mempunyai sifat narsisistik ini amat mudah untuk dikenali. Ini kerana, terdapat beberapa perkara atau ciri yang sangat jelas, yang membezakan dirinya dengan orang lain.

Berikut adalah beberapa ciri utama yang menunjukkan seseorang itu adalah individu narsisistik. 

  • Berasa diri sendiri lebih penting
  • Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain
  • Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja
  • Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain
  • Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu
  • Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi
  • Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain
  • Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain
  • Ingin diiktiraf atau dikenali ramai
  • Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain
  • Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya

Boleh dikatakan, segala apa yang berlaku dalam hidup individu narsisistik adalah hanya mengenai dirinya sahaja. Namun, ada juga beberapa kelemahan mengenai individu yang mempunyai gangguan ini. Antaranya ialah:

  • Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara
  • Sukar mengawal emosi dan perasaan
  • Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya
  • Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya

Terdapat beberapa kesan atau komplikasi yang boleh berlaku sekiranya sesseorang itu terus mempunyai sifat narsisistik ini. Antara kesan yang boleh dialami ialah:

Thursday, October 19, 2023

REUNION (RU) 50

Wahh duk tak duduk dah jadi pemegang kad 5 series dah bekas-bekas pelajar SMTI 89-90 ni ye.

30 Disember 2023...tarikh yang dah diwar-warkan untuk RU kali ni. Aku ni jenis tenggelam timbul teringin juga nak jumpa kawan-kawan satu kelas, satu dorm, satu asrama, satu sekolah ni. Macam mana lah agaknya keadaan masing-masing ye. 

Al-maklumlah...50-an ni. Aku yang sihat ni pun tiba-tiba tak semena-mena dapat result darah kolesterol is tinggi. 

Dalam duk berkira-kira tolak campur tambah nak pergi tak pergi RU ni...akhirnya jari ni terus je tekan transfer pendaftaran RU. Haha...bayar je lah dulu. Pergi tu belakang cerita.

Maka bermulalah episod cuba contact kawan-kawan yang dah lama save no phone diorang tapi tak contact pun sangat. Sembang-sembang sikit...ok lah...semangat dah datang nak pergi RU.

Harap-harap menu dinner nanti takla 50-an sangat ye...nanti semua nya tawar je...pakat-pakat jaga penyakit masing-masing kan.

Apapun...semoga semuanya sihat dan dipermudahkan untuk kita mengukuhkan silaturrahim.

For my bestie (Baya dan Helmy) yang memang tak kan pernah nak pergi RU...semoga dipermudahkan urusan umrah mu bersama suami. 

KEMAHIRAN MENYALIN@MENIRU

Hari ni nak rasa marah pun ada...kesian pun ada...tapi lucu juga.

Minggu ni aku ajar murid tahun 6 kemahiran menyelesaikan masalah. Majoriti murid memang lemah lah kemahiran ni sebab:

1. Tak minat nak baca soalan

2. Tak tau membaca

3. Malas nak baca

4. Dah baca tapi tak faham


Aku pun guide lah satu persatu..ringkaskan soalan dalam bentuk gambarajah...sampai sudahnya terkeluar lah jalan kira...so..mudah lah kan...murid tinggal kira je. Walaupun mereka dah faham bila kita dah jelaskan dalam bentuk gambarajah. Panjang lah "ooooo" nya bila faham.

Masalahnya pulak...dah ada jalan pengiraan..tak tau nak kira pulak. Kaedah perkadaran terus ni operasi bahagi dan darab je. 

Datang lah berdua- berdua jumpa cikgu tanya macam mana nak kira. (nak datang sorang tak berani le tu). Cikgu ni pun tunjuk lah macama mana nak kira. Faham lah sudah 2 orang yang bertanya ni. 

Cikgu tunduk je buat kerja, apa lagi....yang lain tu macam tunggu masa je yang 2 orang duduk tempat  nya. Menderu 7-8 orang kerumun yang dua orang ni sebab nak salin / tiru / belajar....whatever lah...

Ekor mata cikgu ni nampak je...lebih kepada meniru dan menyalin jawapan kawan.

Lepas tu...ewah ewah..dengan selamba muka tak bersalah nya datang ke meja cikgu..."Cikgu, tengok jawapan saya ni betul tak?" Cikgu pun tenung muka murid ni...dia boleh senyum bila cikgu kata, "Memang le betul, kalau dah laju je salin dari kawan, kan"

Adoiiii la hai murid-murid ku...

Apapun...cikgu tetap sayang korang.