Kelakar ada..nk tergelak pun ada...terpinga2 pun ada...
Seorang guru (agak veteran) wanita begitu rancak berkongsi ilmu pengetahuan. Kami yg muda2..(cewah..muda la sangat) kusyuk mendengar. Dari segi umur dan ketrampilan..mmg nmpak la kesenioran nya. Sedang asyik bercerita tentang ICT..
Puan A (bukan nama sebenar) memberitahu kami (guru-guru yang muda skit je drp dia), "Kalau nk buka internet, jangan guna Internet Explorer, lambat dan selalu tersekat2, baik guna MOZARELLA FIREFOX, laju je, x de sangkut2." (dengan penuh konfidennya)
Aku yg kusyuk mengadap muka dia semasa dia sibuk bercerita, terhenti menelan mee goreng yg sdg dikunyah.
Balik rumah, aku bertekad nk cari mn dia mozarella yg dimaksudkan.
Lepas ni kalau nk masak pizza kena la aku cari Mozilla plak..kt mn ye..
Catatan Myazarra
Thursday, May 5, 2011
Tuesday, May 3, 2011
SAPS vs SISPOL
Pagi ni...tepat jam 8:40 pagi..dapat panggilan telefon dr PPD. Besok aku kena pergi taklimat peperiksaan di PKG dari pukul 8 sampai 5 ptg. Antara dengar dengan tidak sbb aku masih di padang, so x de pe di tangan utk dijadikan catatan. Lantas aku ke pejabat utk menelefon En Shahid bhg peperiksaan di PPD.
Dari penerangan beliau aku sebagai SU Peperiksaan akan ditaklimatkan tentang sistem peperiksaan utk tahun 1.
Konfius....(aku bkn cikgu thn 1)
Selesai breakfast, aku buka portal JPN Perak. Ada bebrapa maklumat tentang sistem peperiksaan yang terkini iaitu SAPS. Aku pun terus download Manual Pengguna utk dijadikan rujukan semasa taklimat besok...Sedar x sedar..rupanya sistem baru ni lah yg akan digunapakai bagi sistem peperiksaan negeri Perak..selaras dengan KPM. Baru aku tau...nasib baik la buka portal..kalo x ketinggalan jugak..

Thursday, April 28, 2011
Harapanku..
Alhamdulillah....akhirnya berjaya juga aku siapkan borang GC dengan segala esei2 dan kertas kerja yg dikehendaki. Harap2 permohonanku ini akan membuahkan hasil. Kena la tunggu pulak dalam masa 9 bulan ni (mcm pregnant lak) keputusannya.
Kalau nk kata kejar gelaran (Guru Cemerlang Matematik) tidak juga. Nak kata kejar gaji, mungkin kot..hehehe. Apa2 pun, ini adalah peluang aku untuk meningkatkan prestasi pencapaianku dalam kerjaya. Takkan nak duduk di takuk lama je kan. Lagipun, blum lagi memegang gelaran GC, aku rasa dh diiktiraf bila Ketua Jabatan melantik aku sebagai Guru Mentor kepada guru baru di sini. Walaupun kerja tanpa elaun apa2, tp mungkin sebagai satu penghormatan. Memang lah menambah beban kerja sebab terpaksa memantau, menyelia, membimbing dan membuat laporan tentang pengurusan guru baru tersebut. Tapi kalau 'work smart' benda2 kecil mcm tu tak jadi masalah sebenarnya. Cikgu baru tu pun ok nampaknya.
Namun, apa yang menjadi harapan aku, jawatan GC akan dapat menjadi pemangkin untuk aku terus menabur bakti di dalam bidang pendidikan khususnya Matematik.
Sambil2 tu aku tetap setia menanti surat tawaran melanjutkan pelajaran di IPG (mana pun x tau). Yang pastinya, kuliah akan bermula pada bulan Jun nanti.
Dalam masa yang sama, Jana Minda akan terus ku pertahankan. Besok tambah lagi satu kelas. Jumlahnya ada 4 buah kelas dan 1 ofis. Semoga segala yg dirancang dan diusahakan mendapat keberkatan. Aminn...

Friday, April 22, 2011
Datuk ku Amitabh Bachan...
Penat mengajar PJ kelas tahun 3 yg rata2 pelajarnya ber IQ lemah..payah nk dengar kata..3S (Suka Syok Sendiri). Suruh buat aktiviti merangkak macam harimau..mcm2 harimau yg keluar..Merangkak melalui skitel, dengan skitel2 terbalik..ganas tul harimau2 ni. hehehe..tp seronok. Berpeluh sakan hari ni.
Habis aktiviti di padang, beralih ke kelas. Tinggal lagi 10 minit tamat kelas. Pe lagi..masa untuk semak latihan dalam buku la.
Tajuk latihan yg diberi..Sayangi Keluarga. Pelajar diminta menampal gambar2 ahli keluarga di dalam buku latihan di ruangan yg disediakan. Seorang demi seorang menghantar buku latihan yg telah siap untuk disemak. Aku pun menyemak dulu latihan mereka sebelum mengumpulkan buku2 tersebut.
Datang seorang pelajar bernama Baher (ala2 Pakistan sikit). Gambar di ruangan 'Datuk' di tampalnya gambar Amitabh Bachan. Aku pun tanya, 'ni sape datuk awak ke ni?' Lantas Baher menjawab, 'Ni datuk saya yang dah tinggalkan kami (dgn muka yg serius)'. Aku tanya lagi, 'Datuk awak ni lari ke India ke?'Sambil menganggukkan kepala Baher menjawab,'A'ah, tak tau dia pegi mana, saya tak ingat.' Aku usik dia lagi, ' Dia pergi Bombay tinggalkan awak kat Malaysia la ye..' Dengan penuh konfiden Baher mengangguk.
Habis satu kelas gamat dengan gelak tawa pelajar2 lain. Aku? Rasa nk pecah perut menahan gelak. Baher? Terpinga2 dengan reaksi yg berlaku.Hahaha.

Subscribe to:
Posts (Atom)