Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Tuesday, August 24, 2010

3K

Salam...
Keyakinan...kesabaran...kepercayaan...(3K)
ada dalam diri tiap seorang daripada kita. Bezanya cuma..cara kita meletakkan ia di tempat dan situasi yang betul serta kena pada tempatnya.

Dalam soal melaksanakan tugas dan tanggungjawab, kita ada keyakinan bahawa apa yang kita usahakan dengan ikhlas pasti akan mendapat pulangan yang sewajarnya.Persoalannya sekarang ialah, adakah benar kita telah meletakkan keyakinan kita di tempat yang sepatutnya? Kita sering merasakan diri kita seorang yang berkeyakinan tinggi bila kita dapat bersuara dengan lantang di dalam sesuatu majlis...namun adakah kita sedar bahawa kelantangan kita yang tidak disusuli dengan kematangan cara berfikir, boleh menyebabkan kita akan malu sendiri akibat tindakan bodoh itu. Kesudahannya, keyakinan yang kita rasakan begitu tinggi itu tadi sebenarnya lahir dari kurangnya rasa tanggunjwab yang sebenar. Sebab itu mudah bagi kita mengeluarkan kata2 dengan lantang tetapi sukar untuk menarik balik kata2 itu walaupun kita sedar kita tidak sepatutnya berbuat begitu.

Akibat tindakan bodoh itu tadi, tanpa disedari, kita telah melucutkan sifat kesabaran dalam diri kita yang mana ianya merupakan sebahagian daripada iman. Masyarakat sekeliling dapat menilai kelemahan berfikiran yang ada dalam diri kita. Masakan tidak...menyuarakan rasa ketidakpuasanhati dengan cara yang sepatutnya boleh dibawa berbincang dengan lebih baik. Inilah sikap manusia yang merasakan dirinya terlalu hebat tanpa memikirkan ada lagi yang lebih hebat dari anda sebenarnya.

Dengan menonjolkan sikap sebegitu, anda sebenarnya telah membuktikan bahawa anda sebenarnya tidak boleh berfikir secara rasional, sukar untuk bekerjasama dan tidaklah sebijak atau sehebat manapun. Jangan dek kerana skeping kertas yang tertulis ijazah atau master, anda sudah merasakan diri anda itu tinggi dengan segala ilmu. Ingatlah bahawa ilmu Allah itu luas. Bukan setakat sekeping kertas tetapi penuh dengan nilai2 kemanusiaan. Belajarlah untuk menghormati orang dan yang lebih tepat menghormati diri sendiri supaya tidak hilang kepercayaan orang terhadap kita. Bukan untuk hari ini..tetapi untuk esok dan seterusnya.

Letaklah sedikit kepercayaan terhadap kesabaran agar anda dapat membina keyakinan yang lebih positif...Bersuara lah melalui akal yang bijak..bukan mulut yang lantang kerana dikhuatiri kelantangan anda sebenarnya adalah kebiadapan anda.

1 comment:

ejai... said...

pengalaman akan mematangkan seseorang....