Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Monday, August 16, 2010

Ramadhan * merdeka * upsr

Salam Ramadhan buat semua pembaca...

Ketika ini semua umat Islam telah pun masuk hari keenam menjalani ibadah puasa di siang hari, berterawih dan bertadarus di malam hari..semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Seringkali kita dengar, bila tiba sahaja Ramadhan...ada aktiviti2 harian yang tidak dapat dijalankan seperti biasa...contohnya aktiviti ko-kurikulum...bersukan...dan sebagainya...

Pernah suatu ketika seorang rakan merungut bila terpaksa menghadiri mesyuarat pada hari pertama puasa. Persoalannya ialah..adakah putaran roda akan terhenti bila tibanya puasa? Memang betul, bulan puasa adalah bulan untuk memperbanyakkan amalan. Tetapi...adakah rutin harian yang merupakan periuk nasi kita juga perlu dihentikan? Pelik juga bila ada segelintir orang yang menganggap bulan puasa adalah bulan di mana semua kerja tidak berupaya dilakukan. Keletihan berpuasa memang tidak dinafikan. Itukan semua dugaan?

Mungkin betul aktiviti sebelah siang patut dikurangkan memandangkan amalan sebelah malam akan diperbanyakkan. Tetapi..adakah benar kita mengurangkan aktiviti siang semata-mata untuk memberi tenaga bagi amalan sebelah malam? Jika benar..alangkah mulianya.

Tetapi...ada juga yang setelah kekenyangan berbuka puasa...dan keletihan berpuasa di siang hari dijadikan halangan untuk melakukan amalan di malam hari..akhirnya...bulan puasa hanya menjadi bulan banyak berehat, banyak tidur dan banyak relax...sebab siang dan malam...keletihan dan kekenyangan.

Salam merdeka....
Bulan kemerdekaan dirai lagi...sebagai rakyat Malaysia yang bersyukur di atas kemakmuran yang dikecapi, memang patut kita menyambut bulan merdeka ini dengan rasa kesyukuran. Pinggirkan seketika siapapun jua pemimpin sama ada suka atau tidak suka...sebaliknya hargailah susah payah pemimpin terdahulu memerdekakan negara Malaysia ini. Hayatilah erti kemerdekaan yang sebenarnya. Meskipun negara kita telah bebas dari penjajah...banyak lagi perkara yang perlu kita perjuangkan, baik dalam diri kita sendiri mahupun masyarakat sekeliling kita. Yang paling utama, sudah merdekakah minda kita?

Kita bijak melahirkan kata-kata...tapi kadangkala kita tidak sedar, kata-kata yang dilahirkan bertitiktolak dari cara minda kita berfikir. Oleh itu, berhati-hatilah bermain dengan kata-kata. Kerana, orang yang sentiasa berfikir dapat membaca apa yang kita fikirkan melalui kata-kata yang kita ucapkan. (ingatan untuk kita bersama)
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI...


Salam di ambang UPSR...
Kerisauan berganda semakin hampirnya UPSR...
Masakan tidak, pertembungan masa di antara periksa dan hari raya. Periksa selepas bercuti raya. Wow! Nak raya sakan pun belum tentu lagi ni. Strategi dah diatur oleh pihak pentadbir untuk mengadakan kelas extra sebelum dan selepas hari raya. Ada ke yang sanggup berkorban?? Demi anak didik, sesiapa pun boleh menyatakan kesanggupan. Tetapi..ikhlas ke??

Bukan mudah untuk mengikhlaskan hati apabila terpaksa membuat pilihan antara keluarga atau masa depan anak didik? Tapi...bila direnungkan sejenak...mahukah hasil usaha selama 5 tahun 8 bulan 20 hari...digadaikan demi hari raya yang disambut 30 hari (Syawal) setiap tahun?



Semoga Ramadhan kali ini dapat memerdekakan minda dan hati kita agar tidak terlalu leka berhari raya sehingga lupa UPSR yang bakal tiba..

No comments: