Alhamdulillah...siapa sangka..dah semester 9 aku berada di OUM. Berbaki lagi 3 semester untuk menggenggam segulung ijazah. Sedar tak sedar masa berlalu. Exam...assignment..lecturer..rakan2 seperjuangan...macam angin lalu je melepasi semester demi semester.
Semoga semangat ini akan terus mekar hingga ke akhir pengajian.
Catatan Myazarra
Sunday, April 17, 2016
Saturday, April 16, 2016
2016
Selesai kerja di pejabat, bergegas ke kantin...untuk mengalas perut. Lalu di tepi sebuah kelas, kedengaran seorang guru wanita sedang duduk memerhatikan murid-murid menyiapkan kerja.
Tiba-tiba.."Sape yang dah siap kerja, letak kepala atas meja, kalau tak saya letak meja atas kepala awak nanti".
Tersenyum sendiri sambil teruskan langkah. Dalam hati.."hebat cikgu ni..nak letak meja atas kepala murid..macam incredible hulk...hehehe"
#Kadang-kadang bila difikirkan kenapa murid tidak mengendahkan amaran atau teguran guru, mungkin sebab mereka rasa cikgu akan mengambil tindakan yang tak mungkin akan dilakukan.. seperti letak meja atas kepala.

Monday, October 20, 2014
Pilihan di tangan kita...
Pilihan di tangan kita. Betul lah topik tu. Kita berhak membuat pilihan. Tapi sejauh mana pilihan kita itu mendatangkan kebaikan kepada kita? Itulah fungsinya akal. Kita diberi akal, naluri dan perasaan untuk menimbal-balik keputusan yang kita buat. Namun, sebagai insan adakalanya kita tersalah membuat pilihan. Mungkin akal tidak cukup berfikir..atau mungkin naluri kuat mengatakan inilah pilihan yang tepat walaupun akal menafikannya. Maka perasaan pun bercampur-baur untuk memilih sama ada mengikut akal atau naluri.
Namun begitu, segalanya akan menjadi lebih baik sekiranya akal, naluri dan perasaan bergerak seiring dalam menentukan pilihan yang tepat. Selebihnya kita berserah kepada Yang Maha Kuasa. Sebagai insan biasa, naluri dan perasaan banyak mempengaruhi akal dalam membuat keputusan. Adakalnya baik, adakalanya kita sendiri terperangkap dengan keputusan yang kita buat.
Friday, February 14, 2014
Tengah dok menunggu masa untuk masuk relief kelas tahun 4..subjek Sejarah...mmmmmm...subjek yang aku belajar sehingga tingkatan 3 sahaja. Itupun masa dalam kelas asyik menyumpah seranah je cikgu Sejarah tu sbb...aku duduk depan...so..tiap kali waktu Sejarah...jenuh 'tempias'. Naik tingkatan 4 dan 5...belajar di SM Teknik Ipoh..langsung la tak de subjek Sejarah. Tapi...rasanya tak la sesukar mana pun kalau setakat Sejarah Tahun 4. Yang penting...Sejarah..mesti ada...tarikh...tempat..peristiwa. Itu pesanan rakan-rakan yang 'pakar' Sejarah.
Sementara dok layan jam yang rasanya macam tak bergerak jarumnya tu...tiba-tiba terdengar ustazah Nab sedang mengajar Bahasa Arab di kelas sebelah. Malu nak sebut...tapi terus terang aku mengaku memang tak pandai berbahasa Arab ni. Setakat membaca al-quran dan baca tafsir tu boleh la. Dua tiga kali aku cuba dengar apa yang disebut dek ustazah dalam kelas. bunyi macam ustazah tu sebut..
'Kau Rabun'...kemudian dengar suara murid-murid ikut menyebut 'Kau Rabun'
Lemahnya bahasa Arab aku ni....lepas ni nak tanya ustazah tu apa yang disebutnya tadi. Nak tergelak pun ada...lain yang disebut...lain lak yang aku dengar....hihihi...
Subscribe to:
Posts (Atom)