Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Monday, February 27, 2012

FENOMENA BARU....

Salam bertaut kembali...sekian lama tidak menjengah...kini terdetik pulak rasa di hati untuk menulis sesuatu di sini..

"Fenomena baru"...mungkin tidak kepada mereka yang bukan bergelar guru. Ianya lebih sesuai ditujukan buat guru-guru yang sedang melalui fasa baru dalam kehidupan mereka kini.."fenomena sambung belajar"...

Walaupun perkara ini dah lama bermula...tapi ianya semakin kelihatan begitu drastik (betul ke istilah ni) apabila semakin ramai yang ditawarkan peluang untuk belajar walaupun tidak memohon@tiada keinginan memohon.

Kalau dulu telinga ni kedengaran jugak lah sebilangan kecil yang mengatakan..tidak sama sekali untuk belajar lagi..waima kena jadi kuli sekalipun..tapi sori la kawan..hati ni tertawa geli hati bila mengenangkan siapa yang bercakap begitu...kerana....tahniah lah sbb anda juga tak sanggup rupanya kalau jadi kuli..hahahha...

Apa-apa sekalipun..syabas diucapkan kerana anda memang seorang yang tabah dan bersemangat tinggi untuk menyambung cita-cita anda. Cumanya..janganlah terlalu diagungkan sangat title sebagai student tu memandangkan anda mempunyai tanggungjawab untuk mendidik begitu ramai student di sekolah yang entah kan bagaimana la masa depan mereka..yang mungkin sedikit sebanyak terletak di tangan anda.

Buat ingatan diriku sendiri...peliharalah apa yang ada agar tidak keciciran...andai ditakdirkan ku harus menempuh fenomena baru seperti ini...kejarlah ia..namun jangan sekali-kali meninggalkan sesuatu yang lebih berharga...yang bakal menjamin kebahagiaan di alam yang abadi.

No comments: