Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Monday, October 3, 2011

Redhakah Aku?

Alhamdulillah...byk perkara dan urusan yg telah selesai. Terkenang peristiwa semalam. Sewaktu menghantar anak pulang ke asrama..terasa juga di hati..sudah dua kali anak balik tanpa ayah di sisi. Hanya hati seorang ibu yg memahami. Namun sebagai isteri, harus juga memahami situasi suami.

Namun ku bersyukur mendapat anak2 yg cukup memahami. Perjalanan ke Ipoh diiringi hujan lebat dan ribut petir menambahkan lagi kekuatan utk meneruskan pemanduan. Tambahan pula semua anak turut sama.

"Eh..kenapa kereta ni mcm bergoyang je? Sebab ribut ke..sebab tayar", hati dh mula risau. Lalu kuperlahankan pemanduan di lebuhraya yg di basahi hujan demi mengelakkan sebarang kejadian yg tidak diingini.

Mungkin sebab ribut agaknya..sebab pemanduan ku dikejutkan dgn dua batang pokok yg tumbang di tepi jalan dan menghempap sebuah kereta Iswara berwarna hijau. Simpati ku utk sesiapa jua yg berada di dalam kereta itu. Bersyukur kerana kereta yg kupandu lewat 5 minit dari kejadian yg tak disangka2 itu. Jika tidak..mungkin...

Sepanjang perjalanan hati ku tidak putus2 berdoa semoga segalanya berjalan dgn lancar. Ku lihat anak2 dh mula ada yg tidur. Alhamdulillah..hujan semakin reda walaupun tidak berhenti terus.

Tiba di asrama...hujan masih renyai2. Setelah bersalam-salaman, kucium kedua belah pipi anak bujang ku seperti kebiasaan apabila menghantarnya pulang. Terasa sebak di dada bila kali ini juga ayahnya tidak dapat bersama2 menghantar kepulangannya ditambah pula sepanjang kepulangannya hanya tiga jam sahaja berjumpa dgn ayahnya. Namun hiba hati ku tidak ku tunjukkan..biarlah hanya kegembiraan yg bermain di jiwanya seperti anak2 yg lain yg tak sabar2 nk ajak mamanya ber shopping.

Akhirnya..lewat jam 10 malam kami berada di rumah dgn wajah2 kegembiraan setelah masing2 mendapat baju baru. Namun anak2 yg kecil yg tidak memahami apa2 terus bertanya.."Mama, ayah balik pukul berapa? Mama kata ayah balik pukul 10.30..ni dah lebih pukul 10.30 dah", anak bongsu tak habis2 bertanya. "Kejap lagi ayah sampai la..pegi basuh badan sikit, pastu tidor..besok nk sekolah kan"..pujuk hatiku sendiri.

Sesungguhnya aku redha dengan semua yg tersurat dan semoga segala pengorbanan ini dirahmati oleh Allah s.w.t

No comments: