Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Friday, May 20, 2011

Tau pulak takut!!

Di bilik kecemasan:

Di sebuah katil...kelihatan seorang pesakit sedang berbaring manakala berhampirannya..2-3 orang polis sedang berkawal. Ishh..apa kes lak ni?

Kuintai2 pesakit tersebut. Kecederaan parah kah? Kenapa polis sibuk bercakap sesuatu dgnnya? Lama kucuba untuk melihat dgn lebih jelas apa sebenarnya. Hati meronta2 nak tau apa yg berlaku. (Detektif Zack la katakan)

Mana tangan pesakit ni? Kudung tangan ke? Kemudian kudengar seorang drp pegawai polis itu berkata kepadanya, "Takut??"

Selepas selesai seorang doktor memberi rawatan kepadanya, pesakit itu pun diarahkan bangun untuk tujuan apa seterusnya, aku pun tak tau. Mata ku tidak lepas dari memerhatikannya.

Ooooo...bergari rupanya..sebaik saja dia berdiri untuk berjalan keluar. Gaya mcm sawan pun ada. Terkejang2 kakinya nk berjalan. Seorang drp pegawai polis itu menegurnya.."Apa mengada2 ni..jalan la elok2"

Rupa2nya..pesakit td baru ditahan oleh pihak polis. Sebab apa? Aku pun tak tau. Tapi bila teringat perkataan 'takut' td..aku tersenyum di dalam hati. Buat salah tak takut. Dah kena gari, baru rasa takut?

Aku?? Memang takut nk dekat2 dgn org mcm tu...
Selamat bermalam di lokap wahai penakut.

No comments: