Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Tuesday, May 10, 2011

Hari Guru datang lagi...

16 Mei..bakal tiba lagi.
Setiap tahun, seperti biasa di mana2 sekolah pun..guru-guru jugak lah yg sibuk menguruskan hari mereka sendiri. Macam syok sendiri je.

Seperti biasa juga, adalah suara2 yg berbunyi, "Hari Guru tahun ni, mcm tahun lepas gak ke sambutan nya?" Kalau mcm tahun lepas, tak payah la sambut.

Mana tidaknya, setiap tahun, acara yang sama disajikan..Perhimpunan, Membacakan Perutusan Menteri2..menyanyi lagu Guru Malaysia..kemudian acara sukaneka. Lepas rehat, guru-guru (yg berpeluh ketiak ni)masuk kelas mengajar seperti biasa. Setelah murid2 balik, ada la jamuan makan dan acara tukar2 hadiah antara guru2.

Tak rasa mcm Hari Guru pun. Sebab tak sampai satu hari guru2 diraikan. Memang la tugas guru mendidik dan berkorban demi anak bangsa. Tapi lazimnya sebagai manusia biasa.. sesiapapun ingin dihargai. Jadi, mengapa satu hari yang diperuntukkan sempena Hari Guru ini tidak menjadi hari yang akan dikenang oleh para guru. Sekurang2nya, tidak lah terasa penat lelah walaupun hanya sehari diberi utk bergembira.

Selamat Hari Guru...buat semua rakan2 yg bersusah payah demi anak bangsa.
Marilah kita cipta suatu yang baru di hari guru tahun 2011 ini..amacam??

1 comment:

Anonymous said...

tak pe juga macam mana pun guru ni akan ada org kenang...aku ni sape nk kenang?