Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Thursday, May 19, 2011

Kuatkan semangat wahai teman...

Usai bersarapan di kantin bersama seorang teman, aku menuju ke bilik guru. Kelihatan beberapa rakan sedang mengerumuni seorang guru. Sekadar menjengah, aku bertanya apa yg berlaku sambil melangkah dengan hasrat untuk turut serta.

Kulihat seorang rakan sedang menangis. Aku mengambil tempat di sisinya dan bertanya kenapa. Rupanya stress tahap kritikal. Keadaannya yg tidak bermaya, menangis, meraung, meratap, mengeluh dan seolah2 hilang kawalan diri.

Aku dan beberapa rakan cuba untuk tenangkan dirinya. Namun, tidak memberi kesan. Airmataku turut gugur melihatkan keadaan dirinya. Akhirnya, kata sepakat diambil untuk membawanya ke klinik.

Aku dan Ita menawarkan diri untuk membawanya ke klinik memandangkan kami 'free' waktu itu. Situasi sama berlaku ketika di klinik. Nampaknya dia memang hilang kawalan diri. Kehadiran suaminya juga tidak memberi kesan terhadap tekanan yg hebat yg terpaksa dilaluinya. Puas kami cuba tenangkannya dan suruh bersabar, beristighfar byk2. Namun hanya dia sendiri tahu betapa beratnya beban yg terpaksa dipikul.

Doktor menyatakan yg dia perlu dibawa ke hospital utk dirujuk ke pakar psikiatri. Maka, aku dan Ita pun turut serta bersamanya ke hospital. Di dalam ambulans, tanganku digenggam erat olehnya menjelaskan betapa berat tekanan yg harus dilawannya. Kami cuba menenangkannya.

Tiba di hospital, proses rawatan pun bermula. Aku dan Ita cuba untuk buat dia rasa lebih tenang sementara menunggu doktor. Setelah dibawa berjumpa pakar psikiatri, kulihat ketegangan di wajahnya semakin berkurang.

Aku dan Ita turut ditemuramah oleh doktor bg mendapatkan maklumat dari rakan2. Kemudian, suaminya pula. Pertama kali kulihat airmata seorang suami yg menitis di atas kesengsaraan seorang isteri. Mungkin terlalu dalam cinta terhadap isteri sehingga dapat merasakan beban yg membuatkan isterinya tertekan.

Inilah episod kesengsaraan rakanku yg baru mendaftar sbg pelajar PJJ. Begitu hebat tekanan yg dilaluinya. Keupayaan manusia tidak sama dalam menghadapi tekanan2 dlm meneruskan kehidupan. Pesananku terhadapnya.."Setiap orang akan melalui beberapa fasa dlm hidup ini. Apa yg dilalui sekarang adalah fasa paling menyakitkan dalam hidupmu untuk mengajarmu erti ketabahan, kekuatan dan kesabaran...tapi hari esok..fasa baru akan bermula dalam episod hidupmu"

Buat diriku jua...fikirkanlah sama ada untuk mengorbankan kebahagiaan sekarang semata2 untuk kebahagiaan yg belum pasti..atau melepaskan kesengsaraan yg bakal ditempuhi demi kebahagiaan yg hakiki...

No comments: