Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Monday, April 18, 2016

NAFKAH


Bersusah payah dalam mencari nafkah. 
Berbicara tentang nafkah..dah tentulah fokus utama ditujukan adalah kepada para suami kerana suami yang dipertanggungjawabkan dalam hal pemberian nafkah. Tak pernah lagi dengar isteri yang bertanggungjawab membantu memberi nafkah bagi pihak suami. Namun trend masa kini, kebanyakan isteri dengan rela atau terpaksa tetap membantu suami menyempurnakan nafkah yang tidak mampu disediakan oleh suami.

Berbicara tentang kemampuan, adakah suami benar-benar tidak mampu, atau tidak berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan nafkah tersebut. Alasan biasa didengari, hidup lah ikut kemampuan yang ada. Boleh kah dalam zaman yang serba mencabar dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi manusia hanya berserah kepada cukuplah rezeki yang ada. Bukankah manusia disarankan untuk berusaha dan bersusah payah dalam mencari rezeki seolah-olah akan hidup selamanya.

Kepada para suami...hayatilah maksud sebenar nafkah dan tanggungjawab anda yang sepatutnya anda lunaskan dalam aspek pemberian nafkah. Bukan setakat menyediakan makan minum...malahan halal atau tidak makanan dan minuman yang disediakan, bersih atau tidak, baik atau tidak..cukup atau tidak....semua tertakluk kepada mereka yang memberi nafkah tersebut. Inilah yang dinamakan bersusah payah.

Sekiranya tidak mencukupi...apa yang perlu dilakukan. Sekiranya tidak baik...apa tindakan yang perlu diambil. Selagi makan minum itu akan menjadi darah daging, maka susah payah lah sedikit bagi memastikan ianya mendapat keberkatan dan keredhaan.

No comments: