Masalah memang akan selalu ada dalam sebuah perhubungan. Namun kita boleh memikirkan cara yang sesuai untuk meminimakan masalah tersebut walaupun tidak dapat menghindari sepenuhnya. Bila anda bermasalah dengan pasangan anda, cubalah tips berikut:
1. Konsisten
Bila anda berdua telah bersetuju/ bersepakat atas sesuatu perkara, maka patuhlah kepada kesepakatan itu.
2. Tepat waktu
Cuba untuk menepati waktu bila anda telah menetapkan sesuatu perancangan bersama pasangan bagi mengelakkan pasangan menunggu lama.
3. Kotakan apa yang telah dijanjikan
Jika anda telah berjanji untuk berubah ke arah yang lebih baik, lakukan segera.
4. Jangan berbohong
Walau sekecil mana pun pembohongan, adalah lebih baik hindarkan sifat berbohong sama ada pada pasangan atau orang lain.
5. Bersikap adil
Ketika sedang bertengkar sekalipun, berusahalah untuk berlaku adil terhadap pasangan.
6. Peka terhadap perasaan pasangan
Anda mungkin tidak bersetuju dengan pendapat atau sikap pasangan, namun cubalah untuk menghargai perasaannya.
7. Menelefon pasangan pada waktu yang dijanji
Sesibuk mana pun anda, cubalah untuk menelefon pasangan pada waktu yang telah anda janjikan padanya.
8. Maklumkan anda lewat pulang
Tidak ada sesiapa pun yang akan tenang sekiranya menunggu tanpa kepastian. Maka, adalah lebih baik anda maklumkan kepada pasangan anda sekiranya anda ada urusan yang perlu diselesaikan.
9. Berbahagi tugas rumahtangga seadil mungkin
Agihkan tugas dalam mengurus rumahtangga sebaik mungkin bagi mengelakkan salah seorang berasa terbeban seorang.
10. Bertindakbalas dengan wajar
Apabila terjadi masalah atau harapan anda tidak tercapai, bertindakbalas dengan cara yang wajar, bukan mengikut emosi yang keterlaluan.
Apabila terjadi masalah atau harapan anda tidak tercapai, bertindakbalas dengan cara yang wajar, bukan mengikut emosi yang keterlaluan.
11. Hati-hati saat bicara
Hindari kata-kata yang akan membuat anda menyesal di kemudian hari kerana kata-kata yang telah diluahkan sukar untuk ditarik balik.
12. Jangan menggali luka lama
Mungkin pasangan memang pernah lakukan kesalahan besar pada anda, tetapi apabila anda sudah memaafkan dia dan pasangan sudah menebus kesalahannya, jangan diungkit lagi perkara itu.
Mungkin pasangan memang pernah lakukan kesalahan besar pada anda, tetapi apabila anda sudah memaafkan dia dan pasangan sudah menebus kesalahannya, jangan diungkit lagi perkara itu.
13. Hargai privasi
Pasangan mungkin sudah menetapkan batasan-batasan yang tidak boleh anda langgar. Maka, taati dan hargai privasinya.
14. Lupakan cemburu
Masalah yang satu ini kerap terjadi apabila melibatkan orang ketiga, malahan pertengkaran kecil boleh menjadi besar disebabkan cemburu ini. Kalau dia memang memberikan seluruh cinta dan hatinya pada anda, mengapa anda harus cemburu berlebihan? Boleh juga terjadi dia akan benar-benar curang akibat anda tidak percaya kepadanya.
15. Jadi pendengar yang baik
Bukan hanya anda yang ada masalah dan ingin mengeluh, pasangan pun demikian. Jadi, berilah kesempatan untuk dia mencurahkan kegusarannya dan jadilah pendengar yang baik, tetapi bukan untuk menghakiminya.
No comments:
Post a Comment