Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Thursday, June 6, 2024

TERSEDAR

Waktu paling best nak layan feeling, of coz masa driving. Masa ni lah semuanya yang pernah berlaku dalam hidup kita akan datang satu persatu. Walaupun kita tak nak ingat tak nak fikir, tapi otak tetap ligat memutar seligat roda kereta berputar di highway

So..i take it as muhasabah diri.

Macam manalah aku boleh terjebak dengan seseorang yang sangat narsisistik. Baru aku tersedar selama ini betapa bodohnya aku diperhambakan. Habis mental dan emosi aku dihenyak oleh orang yang begitu tinggi egonya. Aku?? Macam mak turut sahaja apa kehendaknya. Kalau A katanya...maka A lah aku. 

Kenapa aku tak sedar selama ini, apa yang berlaku pada aku bukanlah kasih sayang atau cinta pun. Tapi lebih kepada menguasai. Ya....aku dikuasai secara mental, fizikal dan emosi. Pengaruh sihir?? Mungkin ada jugak la agaknya mengikut apa yang diceritakan oleh kaum keluarga dan jiran-jiran.

Sepanjang hidup bersamanya, tak pernah satu hari yang aku tak sakit. Ada sahaja penyakit yang silih berganti singgah di tubuhku. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari hidup aku, segala penyakit yang hampir membuatkan aku tua sebelum waktunya hilang begitu saja. Pelik?? Aku lagilah pelik.

Back to macam mana dia menguasai hidup aku.

Segalanya tentang aku seolah ada cctv yang dipasang di badan aku ni. Dan aku sering diberi amaran secara halus bahawa ke mana saja aku pergi dan apa saja aku buat, ada lah 'kakinya' yang akan melaporkan kepadanya.

Segala penguasaannya ke atas aku sangatlah halus hinggakan aku bukan diriku lagi. Memang dia nak orang pandang aku orang nampak dia dalam aku. Percakapan aku orang akan nampak itu adalah dia.

Umpama aku ni dibentuk untuk jadi klon dia dalam segala tindakan dan tuturkata.

Malahan apa saja kesalahan aku akan dijadikan bahan untuk ejekan dan kemarahan dia jika aku tidak dapat mematuhi standard yang ditetapkan. Cara makan, cara berjalan, cara berpakaian, cara bercakap, even cara nak gelak pun kena ikut aturan dia.

Tapi dalam masa yang sama, aku yang berhabis belanja untuk dia. 

Dan aku yakin...aku bukan bodoh. Sebab?? Masyarakat sendiri menyatakan bahawa aku bukan aku yang dulu. Hidup aku kelihatan suram. Berkawan hanya orang yang dibolehkan sahaja olehnya. Kenapa aku bukan bodoh? Sebab bila orang tanya aku sekarang kenapa aku jadi begitu dulu, aku tiada jawapan. Aku sendiri tertanya-tanya kenapa aku jadi begitu.

Tersedar??

Ya, sejak dia dah tak ada dalam hidup aku, dia juga tak ada dalam hati aku dan fikiran aku. Dan aku rasa aku dah dapat balik diri aku yang sebenar. 

Mudah??

Tak mudah. Tapi Allah telah bantu aku untuk pulih dari semua pengaruh dia. Dan sekarang aku akan cari bahagia aku sendiri. 

Terima kasih Allah kerana mengejutkan aku dari satu alam yang amat mengerikan pada aku.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, semoga awak sentiasa sihat dan dirahmati Allah