Hari ni nak rasa marah pun ada...kesian pun ada...tapi lucu juga.
Minggu ni aku ajar murid tahun 6 kemahiran menyelesaikan masalah. Majoriti murid memang lemah lah kemahiran ni sebab:
1. Tak minat nak baca soalan
2. Tak tau membaca
3. Malas nak baca
4. Dah baca tapi tak faham
Aku pun guide lah satu persatu..ringkaskan soalan dalam bentuk gambarajah...sampai sudahnya terkeluar lah jalan kira...so..mudah lah kan...murid tinggal kira je. Walaupun mereka dah faham bila kita dah jelaskan dalam bentuk gambarajah. Panjang lah "ooooo" nya bila faham.
Masalahnya pulak...dah ada jalan pengiraan..tak tau nak kira pulak. Kaedah perkadaran terus ni operasi bahagi dan darab je.
Datang lah berdua- berdua jumpa cikgu tanya macam mana nak kira. (nak datang sorang tak berani le tu). Cikgu ni pun tunjuk lah macama mana nak kira. Faham lah sudah 2 orang yang bertanya ni.
Cikgu tunduk je buat kerja, apa lagi....yang lain tu macam tunggu masa je yang 2 orang duduk tempat nya. Menderu 7-8 orang kerumun yang dua orang ni sebab nak salin / tiru / belajar....whatever lah...
Ekor mata cikgu ni nampak je...lebih kepada meniru dan menyalin jawapan kawan.
Lepas tu...ewah ewah..dengan selamba muka tak bersalah nya datang ke meja cikgu..."Cikgu, tengok jawapan saya ni betul tak?" Cikgu pun tenung muka murid ni...dia boleh senyum bila cikgu kata, "Memang le betul, kalau dah laju je salin dari kawan, kan"
Adoiiii la hai murid-murid ku...
Apapun...cikgu tetap sayang korang.
No comments:
Post a Comment