Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Wednesday, June 21, 2023

JANGAN MUDAH PERCAYA - MUNAFIK ADA DI MANA-MANA

Setiap orang takkan pernah lepas dari ujian. Masalah yang dihadapi kadangkala membuat kita sangat tertekan. Apatah lagi jika kita seorang yang dikenali ramai.

Lumrah manusia, perlukan seseorang tempat untuk berkongsi rasa. Tentulah aduan pertama kepada Allah s.w.t. Kadangkala gerak hati kita dah betul untuk tidak mempercayai orang-orang tertentu sebagai tempat mencurahkan masalah. 

Malangnya, ada sejenis manusia yang memang suka mencari-cari maklumat , mengorek cerita yang langsung tak ada kaitan dengan hidup dia pun. Sifat manusia sekarang, ingin jadi yang pertama mendapat maklumat dan yang pertama menyebarkan maklumat. Berebut-rebut dosa jariah.

Kita belum buka mulut pun lagi, hal peribadi kita orang lain pula yang sampaikan pada kita. Tertanya-tanya..."Eh..Siapa pula yang sebarkan ni?" Dah macam roda ferris.  Cerita tentang diri kita sendiri, orang lain pula datang cerita pada kita. 

Yang agak menyedihkan, nak marah pun ada, punya nak tau masalah kita konon-konon ambil berat, nak bantu kita dan siap berjanji tak kan cerita pada sesiapa. 

Alih-alih, mulut orang yang beriya berjanji dan yang beriya menunjukkan simpati tu pula yang menghebahkan hal peribadi kita.


Jaga-jaga orang macam ni. Munafik sungguh. Itu belum lagi cerita tu ditokok-tambah penyedap rasa. Belum lagi cerita tu ditunggang terbalikkan. Belum lagi cerita tu menjadi bahan ulasan/ summary oleh geng bawang.

Hati-hatilah dalam mempercayai orang. Jangan percaya pada sesiapa, tak perlu nak explain apa-apa pada sesiapa, tak perlu nak fikirkan apa orang nak kata.

Kita berserah sahaja pada Allah yang Maha Kuasa. Bersangka baik pada Allah. Mungkin ada ganjaran untuk kita.

Yang sibuk suka 'menjaja' tanpa lesen tu...bersiap sedialah untuk ditarik segala pahala. Takut muflis je di mahsyar nanti.

No comments: