Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Sunday, March 27, 2022

SERGAHAN HARI PERTAMA

 21 Mac 2022 - Isnin

Hari pertama sekolah sesi 2022/ 2023.

Biasalah, tugas kak hem (gelaran cikgu-cikgu utk PK Hem di SKP ni) mesti kena sampai awal sekolah.

Kalau sebut 'jaga pagar' macam kasar la bunyi nya kan. So, kita sebut la sambut murid acah-acah guru penyayang. Guru bertugas yang lagi awal sampai, Cikgu Alyas. Lepas tu PPS (Pegawai Perhubungan Sekolah) Koperal Hamidah dan rakan polis. Sambil-sambil sambut murid datang, sempat la bergambar sekeping dua (evidens). Lepas tu iring kedua-dua anggota ke pejabat KJ (Ketua Jabatan bukan Khairy Jamaludin ye). Sambil nak menuju ke pagar sekolah semula, jenguk jugak la kelas-kelas tengok keadaan murid yang dah sampai awal.

Sampai la kak hem di pintu pagar. Sambil tu mata melilau tengok kot-kot ada mana-mana pegwai dari PPD yang datang. Nampak sebuah kereta yang asing di dalam kawasan masjid sebelah, dengan seseorang di tempat duduk pemandu. Ah, mungkin parent yang hantar anak kot. So, terus lah berdiri di pintu pagar, sambut murid.

Tiba-tiba ada sapaan dari belakang. Rupanya En Zailan, Timbalan PPD dah tercegat berdiri di belakang kak hem. Tapi sebab dah kenal lama, so tak de la rasa 'neves' ke apa. Tak lama, anggota PPS pun sampai dari pejabat KJ. Sambil masing-masing bertegur sapa, bergambar lagi lah kami berama-ramai.

Selesai urusan di pagar. En Zailan pun melakukan rondaan ke kelas-kelas dan berjumpa dengan KJ. Adalah beberapa perkara yang ditegur dan perlu ditambabaik. Selesai lah satu bab.

Kebetulan ada persiapan untuk majlis persaraan Cikgu Rosimah. Semua sedang sibuk di kantin dan tempat majlis akan diadakan. Tiba-tiba ada pulak sebuah kereta berlogo kan KPM masuk terus menghala ke depan pejabat. Kebetulan kak hem dengan Cikgu Aslina (PK Kokurikulum) ada berdiri di depan pejabat tu. 

Alamak...tuan PPD sendiri turun padang. Turun dari kereta terus menghala ke makmal komputer dengan disambut oleh KJ. Di dinding makmal itu juga lah terpampang papan kenyataan tiga-tiga bidang. Apa lagi...'menjerit dalam senyap' le kak hem dan Aslina bila tuan PPD berbual dengan KJ di depan papan kenyataan sambil menengok papan kenyataan tu. Sebaik diaorang menghala ke kantin (mungkin untuk menyapa orang yang dirai), kak hem dan As pun bergegas dengan pantas ke papan kenyataan dengan tujuan nak tanggalkan cepat-cepat segala maklumat yang tertera, terutamanya angka 2021 yang begitu besar dan nampak jelas.

Tapi sebab kak hem ni rendah, terpaksa lah minta bantuan As untuk tanggalkan. Terkial-kial nak tanggalkan '2021' tu dengan cepat-cepat. 

'Haah!! Buat apa tu?' 

Tiba-tiba, dalam kalut-kalut tu, disergah dari belakang. Sekali toleh, Tuan PPD dengan KJ dah ada di belakang kami berdua. Aduuuhhh....malunya.

Apa lagi tersengih-sengih macam kerang busuk dua-dua kami. 

Maka berdiri lah kami di situ mendengar segala 'teguran', 'nasihat', 'cadangan' dan lain-lain daripada tuan. Mana tidaknya. Tuan cukup dikenali memang pantang jika dah masuk sesi baru, masih ada lagi perkara-perkara sesi yang lepas. Apatah lagi yang terpampang jelas dan besar macam tu.

Memang nasib kami la hari pertama dah kantoi dengan tuan PPD sendiri.

Apa-apa pun, pengajaran untuk kami. Dan perkara itu memang sepatutnya tak berlaku.

Semoga menjadi pengajaran buat semua. Walaupun kantoi, tapi sebab cara teguran tuan yang berhemah tu, kami jadi lucu dengan situasi tersebut.




No comments: