Salam pembaca...
Selalu kita dengan ceramah ustaz ustazah tentang sifat 'malu' yang semakin hilang dalam diri manusia di akhir zaman ini.
Apa yang disampaikan oleh para agamawan ini tidak ada salah silapnya. memang benar, jika kita baca pesanan Nabi SAW: Maknanya: "Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu" - [Riwayat al-Bukhari].
Apa yang disampaikan oleh para agamawan ini lebih menjurus kepada sifat malu yang sudah semakin hilang di kalangan sebahagian remaja, muda-mudi, wanita- wanita, gadis-gadis dan lebih parah lagi di kalangan warga yang semakin berusia.
Kecanggihan media sosial banyak dikaitkan dengan kepupusan rasa malu yang disebut-sebutkan ini.
Tapi, saya terpanggil untuk membicarakan rasa malu di kalangan para agamawan itu sendiri. Pernahkah kita semua berfikir sejenak, adakah para agamawan juga tidak hilang rasa malu. Mungki ramai tertanya maksud saya menulis ini.
Cuba kita lihat di zaman sekarang ini, bukan sahaja aplikasi media sosial tumbuh rancak, para ustaz ustazah juga tumbuh mencanak sama ada mereka itu hasil daripada penuntut ilmu, atau hasil daripada program realiti, ataupun hasil dari pembacaan dan tafsiran sendiri disulami dengan bijak berkata-kata, maka terhasillah para ustaz ustazah yang semakin popular.
Saya bukan hendak bicarakan tentang populariti mereka.
Apabila para ustaz ustazah ini berceramah soal 'malu' ini tadi yang semakin hilang di kalangan masyarakat awam, adakah mereka sedar bahawa mereka juga sudah hilang malu yang menjadi benteng sebahagian daripada iman mereka.
1. Sebilangan penceramah yang meletakkan bayaran apabila diundang menyampaikan ceramah/ dakwah kepada masyarakat. ada yang sampai menyebut-nyebut ketidakpuasan hati apabila menerima bayaran yang rendah.
- di manakah rasa malu para penceramah agama ini.
2. Sebilangan penceramah yang menjadikan media sosial tempat menayangkan segala kebaikan yang ditabur
- di manakah rasa malu para pendakwah ini
3. Sebilangan penceramah yang mula mempamerkan sisi kehidupan yang umpama selebriti
- di manakah rasa malu para pendukung agama ini
4. Sebilangan pendukung agama yang bertelagah sesama sendiri di media sosial
- di manakah rasa malu mereka
Tidakkah mereka sedari yang mereka juga semakin hilang rasa malu yang merupakan sebahagian daripada iman ini.
Kenapa para penyambung dakwah Rasulullah s.a.w ini tidak mengambil iktibar daripada sirah yang mereka sendiri sampaikan tentang perjuangan nabi kita dalam berdakwah dan menyebarkan agama yang langsung tidak mementingkan kekayaan dan kesenangan peribadi. Dalam mereka berceramah tentang perjuangan nabi, mereka sendiri mengumpul kekayaan hasil ceramah mereka sendiri.
Fikir-fikirkan....
No comments:
Post a Comment