Catatan Myazarra
Thursday, January 30, 2014
1 jari vs 4 jari...
Salam pertemuan di alam maya...
Topik hari ni macam ganjil bunyinya. Tapi..rasanya semua sedia maklum...kalau 1 jari asyik menuding kekurangan..kelemahan..kesilapan orang lain....bagaimana kita nak tangkis 4 jari lagi yang menunjukkan betapa banyaknya kekurangan..kelemahan..dan kesilapan diri kita sendiri.
Kadangkala rasa begitu menjengkelkan bila berada di kelompok manusia seperti ini. Bak kata ayat mudah tok nenek kita..."Belajar tinggi-tinggi biar lah berakal.." Jangan dek kerana kita sibuk nak mengadu domba cerita buruk atau nak memburukkan cerita orang lain...kita terlupa yang diri kita bukanlah sesempurna mana. Asyik mencari kekurangan orang...makin terserlah kekurangan diri sendiri. Asyik menjaja keburukan orang...makin banyak keburukan diri sendiri yang dipamerkan.
Mungkin kita terlalu yakin diri kita sempurna maka kita begitu berani menjaja kelemahan orang. Mengapa tidak digunakan kelebihan dan kepakaran yang kita ada itu dengan membantu kelemahan orang lain. Mungkin dengan cara yang lebih berhemah. Bukan jatuh maruah jika kita bercakap secara berhemah dengan orang. Daripada kita lantang bersuara tapi tidak membawa apa-apa makna.
Hidup umpama roda...terkadang kita di atas...terkadang kita di bawah. Hari ini kita tidak diuji dengan masalah....hari esok belum tentu kita hidup dengan selesa. Pandanglah kesusahan orang lain itu sebagai panduan untuk kita lalui ujian yang bakal diberi kepada kita suatu hari nanti.
Ingatlah...ujian Allah s.w.t. kepada hambanya dalam pelbagai rupa dan cara. Terpulang kepada kita untuk menyedarinya.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment