Catatan Myazarra
Friday, November 8, 2013
Nyaris 1
Ngeri!!!!!
8 Nov 2013...hadiri taklimat di SMK Seri Perak. Alhamdulillah...dah selesai segala urusan di Teluk Intan...saya bergerak memandu sendirian balik ke rumah di Sungkai. Pemanduan saya seperti biasa..walaupun jalan kecil..110km/jam jugak lah sebab nak tengok perlawanan pingpong anak di Bidor.
Tiba2...'eeeeekkkkkk.....bamm!!!..bamm!!!!'3 buah kereta di depan saya 'bercium bontot' dan kereta saya adalah kereta yang ke-4 dan ada lagi 3-4 kereta di belakang saya. Mendengar dua kali dentuman di depan...saya pun terus brek emergency sambil sepantas kilat mengarah ke bahu kiri jalan (dah macam kt litar lumba je).Hampir 50cm...nyaris tak kena bontot kereta depan. Dalam masa tu saya sempat pandang kereta di belakang melalui cermin pandang belakang. Dalam hati sempat berkata2..."Eeeeee...Wira putih kat belakang ni sempat ke brek????"...berdebar2 juga sebab kereta saya dah tak boleh nak elak ke mana lagi dah...'eeeeeeeekkkkk!!!!!' Wira Putih membelok ke kiri jalan...nayaris tak kena kereta saya. Nasib baik jauh juga Wira tu dari kereta saya.
Fuhhh....syukur alhamdulillah...lega...selamat.. pemandu kereta hadapan turun dari kereta..(agaknya nk tgk lah berapa nk kna claim dgn insurans kot)...Saya undur kan kereta dan berlalu meninggalkan tempat kejadian memandangkan hanya 3 buah kereta sahaja yang terlibat. Begitu juga kereta-kereta lain di belakang saya turut berbuat demikian. Sambil tu sempat juga saya jeling 3 buah kereta tersebut.
Paling teruk kereta ke-2 lah...depan belakang nk kena repair. Bibir tak henti mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi...tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Beberapa meter di hadapan..ada 'road-block' pulak...
"Tuan...kt belakang tu ada 3 buah kereta accident"...sambil senyum dan terus memandu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment