Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Saturday, February 1, 2025

Zahirkan Rasa Sayang dan Cinta Itu Seperti Yang Diucapkan

Entah kenapa selepas melihat satu live sepasang kekasih di medsos ni...tak boleh tidur mummy kerana memikirkan sesuatu. 

Terus teringat saat satu-satunya anak bujang mummy melafazkan ijab kabul bersama pasangannya. Masa tu air mata tak dapat ditahankan. Bukan kerana tak rela melepaskan, tapi di dalam hati terus terdetik...

Ya Allah...anak lelakiku telah bertambah memikul tanggungjawab yang berat. Kami kaum perempuan di dalam keluarganya bakal menjadi punca segala timbangan baik dan buruknya di mahsyar nanti. Dan kini dia ada ibu, isteri dan adik-beradik perempuan yang bakal dipertanggungjawabkan ke atasnya nanti.

Pernah mummy pesan pada puteri-puteri mummy. Jika kita sayangkan ahli keluarga lelaki dalam keluarga kita, tolonglah jangan bebankan mereka dengan dosa-dosa kita. Mummy tanya berkali-kali. Betul ke sayang pada ayah korang? Betul ke sayang pada abang/ adik korang?

Kalau betul sayang bukan setakat pada kata-kata. Buktikan. Macam mana?

Jaga aurat, jaga akhlak, jaga solat. Kerana yang akan turut ditanya di mahsyar nanti adalah orang-orang yang kita kata kita sayang ketika di dunia. Tapi, kita tarik mereka ke neraka akibat dosa-dosa kita.

Mummy bukanlah orang yang bijak pandai dalam soal agama. Mummy sendiri pernah melalui zaman muda yang penuh dengan leka. Tapi puteri-puteriku, korang beruntung kerana masih ada yang tak jemu-jemu menegur dan memberi nasihat. 

Teringat mummy ketika anak-anak masih belajar dan tinggal bersama di rumah. Setiap kali di meja makan, pasti kami akan bangun lambat sebab ada saja tazkirah dan pesanan untuk puteri-puteri mummy ni. Dan bila sudah lama tidak ditazkirahkan, puteri-puteri mummy ini akan meminta. "Mama, dah lama mama tak bagi tazkirah dan peringatan untuk kami. Bagi la sikit hari ni, mama".

Dan sekarang bila masing-masing dah mula bekerja dan tinggal berjauhan dari mummy, kita dah tak ada lagi suasana tegur-menegur, hati ke hati ni seperti dulu. Kalau ada masa makan bersama pun, masing-masing ada hp di tangan.

Segala teguran dan nasihat, banyak dilakukan secara alam maya sahaja.

Tapi mummy tetap berdoa semoga puteri-puteri mummy dan menantu perempuan mummy dapat menjaga aurat, agama dan akhlak dengan baik yang sepatutnya. Cukuplah sekadar tidak membuka aurat, tidak berkelakuan melampaui batas, tidak tinggal solat dan al-quran setiap hari.

Kepada anak-anak gadis yang ada terjumpa pesanan hati di blog mummy ni...ingatlah. Ayah dan adik-beradik lelaki korang sangat menyayangi korang, banyak berkorban untuk korang. Maka balaslah kasih-sayang dan pengorbanan mereka itu dengan menjalani hidup berlandaskan agama. Janganlah terlalu diikutkan trend dan pengaruh-pengaruh yang tidak baik. Keseronokan hanya seketika. Dunia kita juga sudah hampir ke penghujungnya. 

Kepada puteri-puteri mummy:

"Mama tau korang dah semakin dewasa. Dah pandai memilih yang mana baik dan buruk. Korang dah ada pilihan hati masing-masing. Mama sangat memahami jiwa muda korang. Cuma satu mama minta. Jika sayangkan mama, sayangkan ayah korang, sayangkan adik-beradik lelaki, tolonglah ingat pesan mama. Jaga solat, jaga akhlak, jaga adab. Bercintalah sampai ke bintang sekalipun. Berkawanlah sampai ke langit sekalipun. Tapi pastikan korang tidak melanggar batas-batas yang sepatutnya. Doa mama sentiasa yang terbaik untuk korang semua"

"Zahirkanlah rasa sayang dan rasa cinta kita pada ahli keluarga lelaki kita dengan menarik mereka masuk ke syurga bukan menolak mereka ke neraka akibat dosa-dosa kita. Kita kata kita sayang ayah kita, abang kita, suami kita, adik kita. Buktikan itu bukan sekadar kata-kata untuk mendapat perhatian manusia." 

"Akhir sekali yang mama selalu pesan, bukan semua perkara mak ayah boleh tolong. Ada yang korang kena bertanggungjawab sendiri. Jadi, jangan lakukan perkara yang korang sendiri tak mampu untuk memikulnya nanti".

Wednesday, June 12, 2024

HATI UNTUK SIAPA

"Dah tua2 ni, tak payah nak feeling2 sangat lah."

Ada yang setuju dan ada yang tak setuju dengan kata2 sebegitu.

Kenapa kalau dah tua? Tak ada lagi ke perasaan cinta dan rindu kepada seseorang?

Cuma bezanya bila dah tua, dah tak mau dah lagi terluka, dilukai, memendam rasa.

Cukuplah semua tu ketika waktu muda. Biarlah usia tua ini dinikmati dengan rasa kebahagiaan.
Rasa yang wujud atas kesefahaman, tolak ansur dan penuh penghargaan.

Best kan kalau dapat pasangan yang ada rasa yang sama. Pandai rasa rindu. Boleh jadi tempat bermanja.

So, fikirlah sama ada nak terus menunggu orang yang kita suka atau menerima orang yang suka kita.

Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan rasa kasih, sayang dan cinta kepada orang yang selayaknya menerima dan memberi.

Fikirlah sedalam-dalamnya.🌹🌹🌹

TERIMA KASIH KERANA PRIHATIN

Hari ni entah kenapa rasa tak berapa ok badan ni. Bos pun perasan nampak lain macam. 

Keluar dari kelas tahun 5, rasa macam badan tak stabil. Terpaksa berpaut seketika di dinding ketika nak melangkah masuk ke pejabat. 

Cadang nak terus ke kantin. Padahal pagi2 lagi dah alas perut dengan kuih dan telur rebus 2 biji. 

Tiba2 bos panggil. Minta tolong settlekan pengisian data yang dia tak tau nak buat macam mana. So..settle hanya dengan beberapa minit sahaja. Malas nak berlama-lama dengan bos. Nanti banyak lagi yang nak diminta tolongnya. Dalam keadaan yang tak berapa nak stabil ni, better bergegas relax kan diri.

Sebaik tiba di kantin, seorang pekerja swasta bernama Su ni tegur, "Kenapa tadi tu cikgu? Nampak macam dah berpaut pada dinding je tadi. Saya ternampak dari jauh. Saya perhati je cikgu kot2 tiba2 jatuh ke. Bahaya la cikgu. Cikgu tak sihat ke?"

Allahu rabbi. Rasa terharu dan malu juga bila ada yang perasan dan agak prihatin macam tu.

Kenapa? Sebab...diri dah mula rasa tak nak bebankan orang lain dengan masalah dan kisah hidup kita. Selagi boleh disimpan dan dikunci, biar Allah sahaja tau apa yang dilalui dan dirasai. Kadang2 bila meluahkan kepada manusia, expectation akan jadi tinggi terhadap orang tersebut. 

Hati dah mula rasa tak perlu dah nak kongsi apa2 tentang diri ini kepada orang lain. Takut nanti akibat terlalu meletak harapan tinggi, diri sendiri yang kecewa apabila feedbacknya tak seperti yang diharapkan.

Dan sebenarnya, tak tau pun kenapa rasa tak sihat ni.

So...jom sambung kerja....

Thursday, June 6, 2024

TERSEDAR

Waktu paling best nak layan feeling, of coz masa driving. Masa ni lah semuanya yang pernah berlaku dalam hidup kita akan datang satu persatu. Walaupun kita tak nak ingat tak nak fikir, tapi otak tetap ligat memutar seligat roda kereta berputar di highway

So..i take it as muhasabah diri.

Macam manalah aku boleh terjebak dengan seseorang yang sangat narsisistik. Baru aku tersedar selama ini betapa bodohnya aku diperhambakan. Habis mental dan emosi aku dihenyak oleh orang yang begitu tinggi egonya. Aku?? Macam mak turut sahaja apa kehendaknya. Kalau A katanya...maka A lah aku. 

Kenapa aku tak sedar selama ini, apa yang berlaku pada aku bukanlah kasih sayang atau cinta pun. Tapi lebih kepada menguasai. Ya....aku dikuasai secara mental, fizikal dan emosi. Pengaruh sihir?? Mungkin ada jugak la agaknya mengikut apa yang diceritakan oleh kaum keluarga dan jiran-jiran.

Sepanjang hidup bersamanya, tak pernah satu hari yang aku tak sakit. Ada sahaja penyakit yang silih berganti singgah di tubuhku. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari hidup aku, segala penyakit yang hampir membuatkan aku tua sebelum waktunya hilang begitu saja. Pelik?? Aku lagilah pelik.

Back to macam mana dia menguasai hidup aku.

Segalanya tentang aku seolah ada cctv yang dipasang di badan aku ni. Dan aku sering diberi amaran secara halus bahawa ke mana saja aku pergi dan apa saja aku buat, ada lah 'kakinya' yang akan melaporkan kepadanya.

Segala penguasaannya ke atas aku sangatlah halus hinggakan aku bukan diriku lagi. Memang dia nak orang pandang aku orang nampak dia dalam aku. Percakapan aku orang akan nampak itu adalah dia.

Umpama aku ni dibentuk untuk jadi klon dia dalam segala tindakan dan tuturkata.

Malahan apa saja kesalahan aku akan dijadikan bahan untuk ejekan dan kemarahan dia jika aku tidak dapat mematuhi standard yang ditetapkan. Cara makan, cara berjalan, cara berpakaian, cara bercakap, even cara nak gelak pun kena ikut aturan dia.

Tapi dalam masa yang sama, aku yang berhabis belanja untuk dia. 

Dan aku yakin...aku bukan bodoh. Sebab?? Masyarakat sendiri menyatakan bahawa aku bukan aku yang dulu. Hidup aku kelihatan suram. Berkawan hanya orang yang dibolehkan sahaja olehnya. Kenapa aku bukan bodoh? Sebab bila orang tanya aku sekarang kenapa aku jadi begitu dulu, aku tiada jawapan. Aku sendiri tertanya-tanya kenapa aku jadi begitu.

Tersedar??

Ya, sejak dia dah tak ada dalam hidup aku, dia juga tak ada dalam hati aku dan fikiran aku. Dan aku rasa aku dah dapat balik diri aku yang sebenar. 

Mudah??

Tak mudah. Tapi Allah telah bantu aku untuk pulih dari semua pengaruh dia. Dan sekarang aku akan cari bahagia aku sendiri. 

Terima kasih Allah kerana mengejutkan aku dari satu alam yang amat mengerikan pada aku.